Adenan Jumpa Barisan Kabinet Negeri Sebelum Putus Serap CBP PBT

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 9:00 PM

Adenan Satem

Adenan Satem.

(Ubah saiz teks)

SIBU: Ketua Menteri, Tan Sri Dr Adenan Satem akan menemui anggota barisan kabinet negeri sebelum memutuskan sama ada kerajaan Sarawak akan menyerap semua Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Saya akan berbincang dengan anggota kabinet saya kemudian" katanya ketika diminta mengulas langkah beberapa kerajaan negeri menyerap CBP yang dikenakan oleh PBT di negeri masing-masing.

Adenan berkata demikian selepas merasmikan Menara Rimbunan Hijau dan Kilang Penapisan Minyak Sawit Lassa milik Kumpulan Rimbunan Hijau di Pusat Suria Permata di sini sempena sambutan ulang tahun ke-40 syarikat konglomerat itu.

Setakat ini, Terengganu dan Pulau Pinang mengumumkan akan mengikut jejak langkah Johor menyerapkan CBP yang dikenakan oleh PBT terhadap perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat.

Selangor pula mengumumkan akan akan membuat keputusan berhubung perkara itu setelah Unit Perancang Ekonomi Negeri selesai manjalankkan kajian mengenai implikasi kewangan.

Berhubung tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 375 akaun syarikat serta individu bernilai lebih RM560 juta kerana didakwa terbabit dalam aktiviti pembalakan haram di Sarawak, Adenan berkata ia menunjukkan betapa seriusnya beliau memerangi aktiviti haram itu.

"Sebelum ini, saya sudah menyatakan saya ini serius dalam hal ini. Jangan main-main dengan saya," katanya.

Dalam 'Ops Gergaji' dua hari lepas, SPRM membekukan akaun syarikat dan individu serta menyita lebih 500 batang kayu balak selepas menyerbu 27 kilang papan dan kolam balak serta 21 premis perniagaan di negeri itu.

Terdahulu dalam ucapan pada majlis sambutan itu, Adenan memuji Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rimbunan Hijau, Tan Sri Tiong Hiew King, atas usaha gigih beliau dalam membina syarikat konglomerat itu sejak 40 tahun lepas.

Kumpulan itu merupakan salah satu syarikat multi industri terbesar Malaysia yang berjaya melakar nama di Australia, British Guyana, Kemboja Kanada, China, Equatorial Guinea, Gabon, Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan, Myanmar, New Zealand, Papua New Guinea, Rusia, Singapura dan Amerika Syarikat.

Kumpulan, yang mempunyai hampir 100,000 pekerja di seluruh dunia, terlibat dalam industri perhutanan, perladangan kelapa sawit, media, teknoloji maklumat dan komunikasi serta industri hospitaliti.

Tags / Kata Kunci: Adenan Satem , CBP PBT , SPRM

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan