Abdul Azeez Patut Letak Jawatan Pengerusi TH - Syed Mehdhar

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 10:50 PM

Abdul Azeez Abdul Rahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sewajarnya meletak jawatan kerana kredibiliti terus dipertikaikan banyak pihak.

Setiausaha Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya melucutkan jawatan Abdul Azeez kerana tindakannya mencetuskan kegelisahan dikalangan pedeposit TH.

"Dari segi kredibiliti, ianya sudah tercemar apabila pada mulanya beliau menafikan berhubung pembelian tanah tersebut oleh TH.

"Ini bukan melibatkan urusniaga RM100 atau RM1,000 tetapi mencecah ratusan juta ringgit, agak mustahil Pengerusi TH tidak ambil tahu, apatah lagi pendedahannya tersebar luas menerusi media sosial," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam blog umnobahagiancheras pada Rabu.

Beliau berkata, sebarang urusniaga jutaan ringgit atau apa juga keputusan melibatkan kepentingan umum sesebuah syarikat GLC mesti diketahui oleh pengerusi.

"Tetapi amat menyedihkan, Pengerusi TH boleh menafikan soal pembelian tanah raturan juta ringgit oleh TH daripada 1MDB, ini satu jawapan yang boleh dianggap tidak masuk akal," katanya.

Syed Mehdhar berkata kredibiliti Abdul Azeez yang sudah tercalar itu juga sedikit sebanyak akan menjejaskan Umno.

"Apabila orang Melayu marahkan TH, marahkan pengerusinya, secara tidak langsung mereka juga marahkan Umno.

"Mereka lemparkan tuduhan bukan-bukan kepada parti, inilah penyakit yang kita terpaksa tanggung akibat sikap berdolak-dalik," katanya.

Menurutnya, jika Abdul Azeez seorang pemimpin bertanggungjawab kepada rakyat beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai Pengerusi TH.

"Kita tidak perlu bercerita bagaimana TH bayar dividen, bagaimana pengurusan haji dibuat oleh TH, tetapi kita bercerita soal prinsip dan kredibilti," tegasnya lagi.

Terdahulu, Abdul Azeez menafikan dakwaan bahawa keputusan pembelian tanah dari Tun Razak Exchange (TRX) adalah untuk menyelamatkan 1MDB.

TH kemudiannya mengumumkan penjualan tanah yang dibeli dari 1MDB selepas mendapat nasihat Najib.

Tags / Kata Kunci: Abdul Azeez Abdul Rahim , Tabung Haji

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan