Tiada Sebab Rakyat Malaysia Tolak Najib - Pairin

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 6:21 PM

Joseph Pairin Kitingan.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Tiada sebab untuk rakyat Malaysia tidak menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu berkata Najib dipilih secara demokratik untuk mengetuai pentadbiran negara.

"Mengapa kita perlu menentang Perdana Menteri apabila beliau adalah pemimpin yang dipilih, yang membawa pelbagai perubahan sosio-ekonomi kepada negara?

"Najib antara lain yang berjaya memperkenalkan polisi yang mengurangkan kadar indeks jenayah, menangani kos hidup rakyat dan menggalakkan pembangunan di dalam negara.

"Bagi Sabah sahaja, Najib bersetuju menubuhkan RCI untuk menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di Sabah yang berlarutan sekian lama.

"Beliau juga memainkan peranan penting dalam penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) untuk melindungi kawasan perairan negeri itu dan meningkatkan aset keselamatan," kata Pairin selepas mesyuarat jawatankuasa teknikal Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bersama Persatuan Undang-Undang Sabah di sini.

Menurut Pairin, tindakan seperti itu tidak pernah dilakukan oleh perdana menteri sebelum ini terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik pentadbiran Najib pada hari ini.

"Kami tidak ada dasar untuk 'menganggu' program sedia ada yang sedang dilaksanakan.

"Jadi mengapa kita harus mendesak Najib untuk meletak jawatan berdasarkan dakwaan tanpa bukti atau kritikan," soalnya.

Pairin mengakui masih terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki dari segi pembangunan dan dasar, sebagai contoh, cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang baharu dilaksanakan.

Namun, beliau menegaskan Najib telah membawa banyak perubahan positif kepada negara.

"Dan Najib sendiri berjanji untuk memberitahu rakyat bagaimana kutipan GST tersebut akan digunakan," katanya.

Terdahulu, Pairin berkata beberapa langkah-langkah perlu diambil untuk menyekat pendatang asing tanpa izin (Pati) daripada memasuki negeri itu.

Antara cadangan tersebut adalah menjalankan operasi berterusan untuk mengesan Pati, mempercepatkan penghantaran pulang tahanan, mengkaji semula undang-undang imigresen yang berkaitan dan mengeluarkan nama-nama warga asing dari daftar pemilih.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan