Rombakan Kabinet: PMO Nafi, BNBBC Anggap Mengarut

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 4:35 PM

Shahrir Abdul Samad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Selasa menafikan rombakan kabinet seperti yang tertera dalam satu senarai yang tersebar di laman sosial.

PMO dalam satu kenyataan pada petang Selasa berkata, tiada rombakan kabinet dalam barisan kepimpinan kerajaan.

"Pejabat PM hari ini menafikan terdapatnya rombakan Kabinet seperti yang tertera dalam satu senarai yang tersebar di laman media sosial.

“Tiada perubahan dalam barisan kepimpinan kerajaan,” kata Pejabat Perdana Menteri di akaun Twitter @PMOMalaysia pada petang Selasa.

Satu senarai rombakan kabinet kini tersebar meluas di media sosial yang memperlihatkan beberapa nama besar digugurkan.

Selain itu, terdapat nama dan muka baharu dibawa masuk menjadi sebahagian daripada kabinet baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).  

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad melihat khabar angin mengenai senarai rombakan kabinet itu yang kini tersebar di media sosial itu sebagai sesuatu yang mengarut. 

Shahrir Abdul Samad.

Beliau menyifatkan kabinet itu sebagai ‘bayang-bayang’ yang tidak seharusnya dipercayai kerana tiada kebenarannya.

“Mengarut! Nama pun bayang-bayang. Sia-sia sahaja. Buang masa percayakan perkara yang tak betul,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu turut meminta supaya rakyat Malaysia tidak membuang masa dengan hanya memikirkan perkara yang tidak benar.

“Rakyat Malaysia kena fikir masa itu mustahak. Jadi jangan buang masa,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin berhubung senarai rombakan kabinet itu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan