Kerajaan Terus Fokus Keutamaan Rakyat Di Bawah RMK-11 - Najib

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 1:48 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mempengerusikan Sesi Dialog Bersama Pemimpin Perniagaan di Bangunan Perdana Putra, Selasa.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Keutamaan rakyat terutama berkaitan kos sara hidup, pendidikan, keselamatan, pengangkutan awam dan infrstruktur luar bandar akan terus menjadi fokus di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang dijadual membentangkan RMK-11 pada 21 Mei, berkata fokus istimewa akan diberikan juga terhadap pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional.

"Cita-cita kita (kerajaan) yang akan ditegaskan juga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, ialah untuk melahirkan siswazah yang serba boleh dan memenuhi keperluan industri.

"Malahan saya melihat kepada model dalam pendidikan teknikal dan vokasional di negara-negara lain termasuk Eropah yang mempunyai rekod cemerlang dalam tahun-tahun kebelakangan ini," katanya pada sesi dialog dengan pemimpin-pemimpin perniagaan di pejabatnya di sini, Selasa.

Najib berkata, 'Ekonomi Rakyat' tidak akan sempurna tanpa sokongan sektor swasta dalam meningkatkan pendapatan, menjana peluang pekerjaan dan memudahkan kemajuan dan pembangunan kerjaya.

"Sambil kita melihat ke hadapan dengan Rancangan Malaysia ke-11, yang akan membawa kita melalui perancangan lima tahun akan datang, asas ekonomi kita adalah kukuh dan agenda transformasi negara meletakkan Malaysia di landasan yang betul untuk mencapai Wawasan 2020," katanya.

Berkongsi dengan para pemimpin perniagaan itu mengenai asas-asas ekonomi berkenaan, Najib yakin bahawa prospek Malaysia adalah wajar dan berasas, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar kekal kukuh dan dijangka mencatatkan antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus tahun ini.

"Ini merupakan kadar yang sihat yang melebihi banyak negara di rantau ini dam testimoni kepada daya tahan ekonomi kita. Kepelbagaian adalah penting serta perlu dan ini telah menjadi satu daripada pembaharuan utama kita," katanya.

Najib juga menyatakan hasratnya untuk secara beransur mengurangkan cukai korporat bagi meningkatkan persaingan Malaysia dan ini memerlukan negara untuk mengembangkan asas pendapatannya daripada sumber berlainan termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Ia akan mengambil masa dan hinggalah kita dapat menyelesaikan masalah awal dan penyalahgunaan yang berlaku, ia nanti akan dilihat sebagai satu langkah yang perlu.

Berita selanjutnya menyusul.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan