Pendidikan Bertaraf Dunia Penting Untuk Daya Saing - Najib

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 11:12 PM

Najib meraikan pemenang Dekathlon Akademik Kebangsaan (NAD) 2015 dari Sekolah Seri Puteri selepas menyampaikan hadiah kemenangan itu di Universiti Teknologi Kreatif LimKokWing malam Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata adalah penting bagi generasi muda untuk mendapat pendidikan bertaraf dunia yang akan membolehkan Malaysia terus berdaya saing dan mencapai kejayaan.

Beliau berkata pendidikan menjadi kunci masa depan negara dan sebab itulah kerajaan menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

"Anda semua, generasi muda Malaysia, yang akan menjadi pemimpin masa depan.

Kita telah berusaha tanpa mengira waktu ke arah memastikan Malaysia mencapai taraf negara berpendapatan tinggi pada 2020.

"Anda akan menentukan corak masa depan negara pada 2040, 2050 dan selepas itu," kata Najib dalam ucapan penutup pada Dekatlon Akademik Kebangsaan (NAD) 2015 di Universiti Teknologi Kreatif LimKokWing di sini, malam Selasa.

Perdana Menteri mengingatkan bahawa pendidikan bukan hanya mengenai mempelajari fakta dan angka secara khusus, tetapi dapat melihat kedua-dua sudut penghujahan dengan berfikir secara mendalam mengenai sesuatu subjek dan persoalan.

"Fakta-fakta dan angka adalah penting walaupun itulah hakikatnya. Sebagai seorang yang terlatih sebagai ahli ekonomi perindustrian, saya boleh memberitahu anda bahawa saya tahu segala-galanya tentang kajian seperti itu.

"Bertanya 'mengapa', (akan) membolehkan minda anda terbuka dan berkembang dan untuk pembelajaran menjadi perjalanan yang menghasilkan penemuan," tambah beliau.

Mengenai NAD, Najib berkata pertandingan ini telah menguji semua peserta dalam pemikiran kritikal mengenai kemahiran bertutur dan menulis tentang pengetahuan mereka dalam isu-isu global yang penting, keupayaan untuk belajar dalam tempoh yang singkat dan bagaimana untuk memimpin serta bekerjasama dengan orang lain.

"Tanpa ragu-ragu, saya yakin bahawa anda semua di sini sekarang adalah pelajar yang lebih baik kerana mengharung cabaran dengan hebat dan saya berharap untuk berasa lebih cergas dan teruja dengan proses, dan mengingati pengalaman itu selepas anda meninggalkannya.

"Sebagai golongan belia Malaysia yang berbangga dengan negara, Saya tahu anda tidak mahu apa-apa lagi. Ini bemula dengan pendidikan anda dan dekatlon ini merupakan sesuatu yang menyeronokkan," kata beliau.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , pendidikan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan