Laporan Pasukan Petugas Cameron Highlands Dibentang Kepada Kabinet Esok

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 8:44 PM

Paul Low Seng Kuan.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Laporan pasukan petugas Biro Pengaduan Awam mengenai Cameron Highlands akan dibentang kepada Kabinet pada Rabu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan.

Beliau berkata laporan itu berdasarkan hasil siasatan awal melibatkan 18 agensi peringkat pusat, negeri dan daerah.

"Kabinet akan kaji tindakan pembetulan jangka pendek dan jangka panjang yang boleh diambil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pengurusan Aduan 2015 anjuran Biro Pengaduan Awam di sini Selasa.

Low berkata Kabinet mengarahkan Biro Pengaduan Awam mengetuai pasukan petugas itu bagi meneliti isu kemungkinan wujud kelemahan pentadbiran dari segi pembangunan tanah yang menjadi punca kejadian banjir di Cameron Highlands tahun lepas.

November lepas, kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja, Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands meragut lima nyawa dan menyebabkan banyak penduduk hilang tempat tinggal.

Tragedi itu dipercayai berpunca daripada kegiatan pembukaan tanah secara berleluasa.

Cameron Highlands, tanah tinggi bercuaca sejuk meliputi kawasan seluas kira-kira 71,218 hektar persegi di banjaran Titiwangsa, pada mulanya dimajukan sebagai kawasan tanaman teh pada zaman penjajahan Inggeris.

Kini, ia terkenal sebagai kawsan tanaman sayur-sayuran dan destinasi pelancongan.

Pada 31 Januari, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menyuarakan kehairanan baginda tentang kekurangan usaha diambil untuk memulihkan Cameron Highlands dan bertitah bahawa tindakan yang diambil setakat ini tidak secekap yang diharapkan.

Ketika melakukan lawatan mengejut ke Cameron Highlands pada 3 Februari, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata beliau sedih melihat tanah di kawasan itu terus dieksploitasi, walaupun terdapat operasi penguatkuasaan undang-undang.

Sementara itu, dalam ucapannya, Low berkata sebarang masalah tidak sepatutnya disembunyikan kerana suatu hari kelak, ia akan menjadi lebih besar dan boleh membawa padah.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan