Kakitangan Kedutaan Di Kathmandu Selamat

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 7:50 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Semua empat warga Malaysia dan sepuluh petugas tempatan di Kedutaan Malaysia di Kathmandu terselamat dalam kejadian gempa bumi terbaru bermagnitud 7.4 yang melanda negara pergunungan Himalaya ini pada Selasa.

Kaunselor/Kuasa Usaha Fadli Adilah ketika dihubungi mengesahkan bahawa gempa itu berlaku pada kira-kira 12.40 tengah hari diikuti dua gegaran setengah jam kemudian.

Kesemua mereka termasuk Fadli berada di aras dua bangunan lima tingkat di Karmachari Sanchaya Kosh Bhawan bila gempa bumi terbaru itu berlaku.

Fadli memberitahu Bernama kakitangan berkenaan telah bekerja dari 10 pagi hingga 3 petang.

Mereka menguruskan permohonan visa dan permit kerja yang diterima sebelum berlaku gempa bumi pertama pada 25 April.

"Oleh kerana dalam tempoh dua hari lepas tiada gegaran dilaporkan di Kathmandu, kami memutuskan untuk mengendali kedutaan dalam tempoh lebih singkat", katanya.

Beliau berkata sejak tempa bumi pertama, sejumlah 130 gegaran dilaporkan di Kathmandu.

Fadli berkata, gegaran hari ini berlaku selama kira-kira 30 saat.

"Kami akan menutup kedutaan pada hari Khamis untuk membolehkan pihak berkuasa memeriksa bangunan sebelum kami memutuskan untuk membukanya semula," kata beliau.

Semasa gempa bumi pertama, keretakan dilihat pada beberapa tiang dan dinding bangunan.

Dalam perkembangan berkaitan, Fadli berkata setakat ini kedutaan tidak menerima laporan seterusnya tentang rakyat Malaysia yang terkandas atau cedera.

Gempa bermagnitud 7.8 pada 25 April mengorbankan sekurang-kurangnya 8,046 orang dan mencederakan lebih 17,800. 

Tags / Kata Kunci: Kathmandu , Nepal , Delhi

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan