Adun DAP Ulangi Gesaan Had Tempoh Khidmat Ketua Menteri, MB & PM

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 7:57 PM

Teh Yee Cheu.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP mengulangi desakannya bahawa mana-mana pemimpin yang memegang jawatan sebagai Ketua Menteri, Menteri Besar (MB) dan Perdana Menteri (PM) untuk berkhidmat tidak lebih daripada dua penggal.

Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah) berkata mekanisme itu tidak harus terhad kepada jawatan Ketua Menteri tetapi perlu digunapakai kepada MB dan PM.

"Ia juga disokong Nga Kor Ming (DAP-Taiping) pada 2011," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Selasa.

Wong Hon Wai  (DAP-Air Itam), bagaimanapun berkata, merujuk kepada sistem Westminster, sistem pilihan raya adalah berdasarkan undi tidak percaya.

"Sistem tersebut diamalkan selama 200 tahun di UK dan kaedah had tempoh tidak diamalkan.

"Sekiranya pemimpin yang dipilih melakukan sesuatu yang tidak boleh diterima, mereka perlu meletak jawatan serta-merta, dan tidak perlu menunggu sehingga tempoh akhir dua penggal pemerintahannya," kata Wong.

Cadangan Teh disokong oleh Ketua Pembangkang Datuk Jahar Hamid (BN-Telok Ayer Tawar) yang memberitahu persidangan bahawa perubahan baharu diperlukan dalam semangat 'pemimpin Pulau Pinang'.

"Saya meminta Teh untuk tidak berputus-asa," katanya.

Teh dilaporkan telah mengemukakan cadangan kepada DUN untuk meminda perlembagaan negeri dan mengehadkan seseorang individu daripada memegang jawatan Ketua Menteri tidak lebih daripada dua penggal.

Pada persidangan DUN 2012, Teh turut mencadangkan Ketua Menteri Pulau Pinang dan dua timbalannya untuk berkhidmat selama dua penggal sahaja.





Tags / Kata Kunci: Teh Yee Cheu , DAP , Pulau Pinang

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan