Rosmah Lancar Web Permata Berwajah Baharu

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2015 2:41 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Laman web Program Permata kini berwajah baharu dengan dilengkapi ciri-ciri terkini termasuk video, perkongsian fail dan blog untuk capaian khalayak yang lebih ramai.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung Program Permata berkata laman web itu, www.programpermata.my , boleh berfungsi sebagai saluran informasi kepada pengguna dengan lebih efektif.

Pembangunan laman web baharu itu merangkumi kesemua tujuh program Permata iaitu Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Permata Kurnia, Perkasa@Remaja dan Hospital Kanak-Kanak Permata itu merupakan kerjasama antara Permata dan pasukan kreatif dari Universiti Limkokwing.

"Adalah diharapkan melalui laman web ini, perhubungan dan komunikasi antara Permata dengan khalayak menjadi lebih cepat dan memberikan kebaikan untuk dimanfaatkan pengguna.

"Laman web juga akan memberikan peluang kepada pelawat mengunjunginya tidak kira masa dan di mana sahaja tanpa sempadan," katanya semasa merasmikan laman web itu di sini, Isnin.

Rosmah juga berharap laman web itu tidak disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan.

"Kebelakangan ini, terdapat segelintir masyarakat yang cenderung menggunakan (web) sebagai medium meluahkan rasa tidak puas hati hingga dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah. Saya percaya ia bukanlah cara terbaik kerana penyalahgunaan laman web secara tidak beretika tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"Sebagai pengguna, sama-samalah kita memastikan ianya digunakan bagi membantu kita mendapat maklumat untuk kebaikan bersama," katanya.

Dalam pada itu, Rosmah berkata Permata sedang membina Pusat Permata Kurnia untuk kanak-kanak autisme yang akan beroperasi pada Oktober tahun ini dan Hospital Pakar Kanak-Kanak yang dijangka siap pada 2017.

Program Permata yang memasuki lapan tahun pelaksanaannya, merupakan cetusan idea Rosmah bagi memastikan setiap anak diberikan peluang pelajaran yang terbaik agar mereka dapat menyumbang sebagai modal insan negara.

Setiap satu program Permata diperincikan dengan teliti pelaksanaannya termasuk mengambil kira pelbagai aspek seperti peringkat umur, kebolehan, keupayaan, kelainan dan bakat semulajadi yang ada pada setiap kanak-kanak. 

Tags / Kata Kunci: Permata , Rosmah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan