Najib Adakan Pertemuan 'Hati Ke Hati' Dengan Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2015 7:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memastikan kedudukan parti terus kukuh.

Najib, yang juga perdana menteri berkata, pertemuan pada pagi Isnin itu diadakan bagi memastikan hubungan dengan timbalannya terus kukuh dan parti tidak dipecah-belahkan oleh mana-mana pihak.

"Saya telah berjumpa dengan beliau dari hati ke hati pagi tadi (Isnin). Saya telah beri pengakuan bahawa kita akan selalu bincang dari hati ke hati untuk pastikan bahawa kepimpinan Umno di peringkat pucuk pimpinan berada dalam keadaan yang selesa dan kukuh supaya tidak ada pihak yang memecah belahkan parti kita terutama sekali saya dan timbalan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Isnin.

Yang turut hadir Muhyiddin; Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Datuk Ahmad Maslan dan Khairy Jamaluddin.

Mengulas lanjut, Najib berkata beliau amat menghargai idea bernas timbalan presiden dan cadangan-cadangan lain yang dikemukakan ahli Majlis Tertinggi dalam mesyuarat petang Isnin itu.

Katanya, mesyuarat menuntut agar semua pucuk pimpinan bersatu dalam satu pasukan dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh parti dan mengambil tindakan positif untuk mengukuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) di sisi rakyat.

Beliau turut menambah, mesyuarat tersebut mencapai kesepakatan bahawa semua anggota telah menyatakan sokongan padu terhadap presiden dan timbalan presiden.

"Saya amat menghargai sumbangan idea bernas yang diberikan oleh timbalan presiden dalam mesyuarat. Keputusan ahli Majlis Tertinggi pula menyatakan bahawa jika ada isu berbangkit mereka mahu diberi peluang untuk memberikan idea bernas dan positif supaya isu boleh ditangani dengan sebaiknya.

"Jadi kalau ada apa-apa khabar angin yang tersebar sebelum mesyuarat ini maka kecewalah mereka yang menyebar berita-berita palsu tersebut," katanya.

Hubungan Najib dan Muhyiddin dilaporkan tegang apabila timbalan perdana menteri itu sejak akhir-akhir ini mengkritik pentadbiran Najib secara terbuka.

Terbaharu, terdapat dakwaan bahawa Muhyiddin telah mengadakan pertemuan dengan beberapa tokoh penting Umno termasuk Tun Daim Zainuddin, Datuk Seri Nazri Aziz dan Datuk Seri Mustapa Mohamed di Itali untuk membincangkan penyerahan jawatan perdana menteri kepada Muhyiddin.

Tags / Kata Kunci: Umno , Majlis Tertinggi , PWTC

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan