PAS Sokong Wan Azizah Ketua Pembangkang

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2015 3:00 PM

Wan Azizah Wan Ismail kini telah mendapat mandat daripada kesemua parti komponen Pakatan Rakyat untuk dinamakan sebagai ketua pembangkang Dewan Rakyat yang baru bagi mengantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS bersetuju untuk menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai ketua pembangkang Dewan Rakyat yang baru bagi mengantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu para pemberita pada Isnin yang keputusan untuk menyokong Dr Wan Azizah sebagai ketua pembangkang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat Sabtu lalu.

Sebelum ini, DAP awal-awal lagi telah memberikan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai wakil rakyat baru untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Keputusan itu dicapai secara sebulat suara," katanya di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan