Impian Keluarga Rohingya Bina Kehidupan Lebih Baik Kini Samar

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2015 9:50 AM

Mohamed Khalim bersama isteri dan anak lelakinya kini ditahan di dewan Pejabat Daerah Rattaphum, menunggu tindakan lanjut oleh polis Thailand.

(Ubah saiz teks)

RATTAPHUM (Thailand): Apa yang dimahukan adalah masa depan yang lebih baik untuk keluarganya, tetapi kini dia tidak pasti sama ada mereka akan mempunyai bumbung untuk berteduh pada masa akan datang.

Mohamed Khalim Mubarak Shah, 23, bersedia membawa isterinya yang berusia 20 tahun dan anak lelakinya yang berusia tiga tahun berdepan cabaran dan bahaya, berlapar dan berhimpit dengan ratusan yang lain dalam bot dari Myanmar dengan harapan mendapat pekerjaan di Malaysia.

Tetapi mereka kini terpaksa 'mencangkung' di dewan Pejabat Daerah Rattaphum, menunggu tindakan lanjut oleh polis Thai.


Impiannya untuk membina kehidupan yang lebih baik kini samar-samar.

Dia yang merupakan Muslim Rohingya memberitahu bahawa dia dijanjikan pekerjaan di Malaysia oleh ejen dan diminta membayar RM5,500 setiap seorang, untuk dia dan isteri, dan RM500 untuk anaknya.

Dia dikehendaki membayar kepada ejen setelah mendapat pekerjaan di Malaysia.

"Kehidupan di Myanmar adalah sukar. Itulah sebabnya saya memutuskan mengambil risiko dan pergi ke Malaysia bersama keluarga saya," katanya ketika ditemui di dewan itu, Ahad.

Walau bagaimanapun, dia bersama rakan Rohingya dan Bangladesh lain yang menaiki bot sama telah dibawa ke kem di dalam hutan kira-kira 15km dari sini selepas tiba lebih dari seminggu yang lalu.

Di sana, mereka telah dijadikan tawanan dan hanya akan dibebaskan apabila keluarga mereka membayar wang tebusan.

Mohamed Khalim adalah salah seorang daripada 241 pendatang yang ditemui oleh pihak berkuasa Thailand di kem-kem dalam hutan di selatan Thailand.

Polis di Thailand berkata pihak berkuasa masih cuba mengesahkan jika warga Bangladesh dan etnik Rohingya ini menjadi mangsa perdagangan manusia atau jika mereka telah melanggar undang-undang imigresen di negara ini.

Bantuan dalam bentuk derma, makanan, air, pakaian dan lain-lain telah diterima daripada penduduk tempatan.

Pengendali gerai makanan Kritsanee Nathammo, 37, membelanjakan hampir RM400 untuk membeli keperluan harian untuk pendatang.

"Walaupun saya tidak boleh bercakap bahasa mereka, saya rasa terpanggil untuk membantu kerana mereka juga manusia dan tidak boleh dilayan dengan cara ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Rohingya , pelarian Bangladesh , kem tawanan

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan