BNM Perkenal Teknologi Kesan Dakwat Tangani Kes Curi Di ATM

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2015 2:17 PM

-Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pada Isnin memperkenal teknologi 'kesan dakwat' bagi menangani insiden mencuri yang membabitkan mesin teler automatik (ATM).

Teknologi yang dibangunkan oleh syarikat Perancis, Oberthur Cash Protection, itu akan mengeluarkan dakwat yang tidak dapat dipadamkan, dan mengotorkan wang kertas di semua sudut, jika berlaku cubaan untuk membega ATM.

Timbalan Gabenor BNM Datuk Muhammad Ibrahim berkata wang kertas yang tercemar itu akan hilang tender sahnya, sekali gus tidak boleh dimasukkan semula ke dalam edaran.

"Bagi memastikan inisiatif ini berkesan, orang ramai mesti menjalankan tugas sivik masing-masing dengan sentiasa berjaga-jaga ketika menerima mata wang yang sudah tercemar, yang kemungkinan besar wang curi.

"Wang kertas yang dicemari dakwat itu tidak boleh dicuci dan perlu dipulangkan kepada bank pusat untuk penggantian," katanya dalam ucapan pada pelancaran 'My Ringgit' di sini Isnin.

Turut hadir Pengerusi ABM yang juga Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Abdul Farid Alias serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM Datuk Seri Mortadza Nazarene.

Pengarah Jualan dan Operasi Oberthur Cash Protection, Eric Hauw, berkata teknologi itu dibangunkan 10 tahun lepas dan digunakan oleh 25 hingga 30 negara di Eropah Barat, Amerika Latin dan Afrika sejak lima tahun lepas.

"Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara menggunakan teknologi ini dan kami berharap negara ini mencatat kadar kejayaan yang sama seperti negara lain yang telah menggunakannya," katanya.

Hauw berkata kos memasang sistem itu kira-kira 30 peratus tambahan bagi setiap ATM.
BNM juga melancarkan aplikasi baharu telefon pintar 'My Ringgit', perkakasan pendidikan interaktif untuk mempelajari dan meneroka teknologi mata wang Malaysia.
Tags / Kata Kunci: BNM , ABM , kesan dakwat , Datuk Muhammad Ibrahim

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan