Ahli Majlis Tertinggi Umno Terima Penjelasan Isu Tabung Haji - Azeez

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2015 9:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno telah menerima penjelasan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji mengenai pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

"Saya telah memberikan penjelasan 'forensik' kepada Majlis Tertinggi dan Alhamdulillah, mereka menerimanya dan memberikan pandangan yang membina kepada saya sebagai pengerusi Tabung Haji dan rakan-rakan ahli Majlis Tertinggi," kata Abdul Azeez Abdul Rahim.

"Saya mohon orang ramai supaya tidak terpedaya dengan khabar angin negatif dan permainan politik kerana saya tidak pernah bermain politik dengan Tabung Haji," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Isnin.

"Sebagai pengerusi Tabung Haji, ia adalah untuk semua umat Islam, dan bukan untuk segelintir," katanya.

"Dalam amalan biasa, perletakan jawatan berlaku apabila terdapat kehilangan atau penyelewengan. Dalam kes ini, penjualan itu adalah untuk kebaikan Tabung Haji," katanya ketika menjawab sama ada beliau akan meletak jawatan.

"Semua tawaran (bagi tanah itu) setakat ini lebih tinggi daripada harga yang kita bayar," katanya. 

Dalam sidang media sebelum ini, Azeez berkata tiga syarikat swasta telah menawarkan untuk membeli tanah yang dibeli oleh dana jemaah haji dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk RM188.5 juta.

Azeez berkata, terdapat sebuah syarikat menawarkan untuk membayar RM5 juta tambahan ke atas harga tanah itu. 

Pada malam Isnin, Umno menyambut ulang tahun ke-69 di PWTC di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka memberi ucapan kepada ahli-ahli parti selepas mesyuarat tertinggi Umno.

Sebelum itu, semasa majlis makan tengah hari khas di Sri Perdana di Putrajaya, Najib telah memberikan penjelasan mengenai isu-isu yang dihadapi oleh kepimpinan untuk ketua-ketua bahagian parti.
Tags / Kata Kunci: Azeez , Tabung Haji , Umno

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan