Umno Johor Cadang Tubuh Cawangan Untuk Komuniti Sarawak

Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2015 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Umno Johor bercadang menubuhkan satu cawangan Umno khusus untuk orang Sarawak dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, ia bertujuan sebagai galakan kepada komuniti berkenaan untuk menyertai politik selain bagi menjamin kebajikan dan keperluan mereka.

"Dengan adanya perwakilan ini, masyarakat Sarawak di negeri ini akan lebih terpelihara dari segi kebajikan dan mereka juga ada tempat untuk bersuara," katanya dalam ucapan perasmian majlis praGawai 2015, di sini, Sabtu malam.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor berkata terdapat kira-kira  40,000 penduduk Sarawak di negeri ini dan mereka layak diberi keistimewaan itu kerana mereka sudah lama bermastautin di negeri ini dan sentiasa memberi sokongan kepada kerajaan serta menyumbang kepada ekonomi.

Selain itu, katanya kerajaan negeri bersetuju menunaikan hasrat Persatuan Komuniti Sarawak (PKS) bagi mewujudkan sebuah Kampung Budaya sebagai simbol kebudayaan Sarawak sekaligus menjadi tarikan baharu pelancongan di negeri ini.

"Jika telah dikenal pasti tapak yang sesuai, maka kerajaan negeri tidak ada halangan untuk membantu merealisasikan hasrat itu," kata Mohamed Khaled.

Sementara itu, Penasihat PKS Raymond Brian berkata pihaknya amat gembira apabila kerajaan negeri bersetuju untuk membantu pembinaan Kampung Budaya itu yang diharapkan menjadi tarikan pelancongan di negeri ini.

"Kami sudah lama rancang tetapi kami belum buat kerana faktor tapak dan kewangan. Kami telah mengenal pasti pemaju yang sudi memberikan tapak," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Umno , Khaled Nordin , Pasir Gudang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan