Kerajaan T'Ganu Akan Terus Hantar Pelajar Ke Rusia - MB

Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2015 2:40 PM

Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Terengganu akan terus menghantar pelajar tajaannya untuk melanjutkan pengajian ke Rusia di sebalik kejadian seorang pelajarnya meninggal dunia akibat kebakaran asrama di negara itu pada 22 April lepas.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata penghantaran pelajar-pelajar cemerlang itu terutama dalam bidang perubatan dan kejuruteraan.

"Kami tidak serik dan akan terus menghantar pelajar cemerlang ke negara itu," katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham Nor Atikah Alias, 25, yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit, Jeram Linang di sini Ahad.

Nor Atikah, pelajar perubatan tahun akhir Universiti Perubatan Kajian Kebangsaan Rusia di Moscow, meninggal di Unit Rawatan Rapi Hospital Sklifosovskogo akibat melecur 30 peratus pada muka, tangan dan kaki.

Jenazah Nor Atikah dikebumikan bersebelahan kubur neneknya, Allahyarham Esah Ali pada kira-kira 10.45 pagi ini.

Ahmad Razif bekata pemergian Nor Atikah merupakan kehilangan besar kepada kerajaan Terengganu kerana Allahyarham merupakan pelajar pintar yang menjadi inspirasi buat pelajar lain terutama perjuangannya menuntut ilmu.

Kerajaan Terengganu menanggung perbelanjaan rawatan, urusan membawa pulang dan pengebumian jenazah Nor Atikah selain kos tambang penerbangan ibu bapa Allahyarham ke Moscow.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan