Tiada Kubur Pati Etnik Rohingya Di Malaysia - KSU KDN

Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2015 6:05 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Ahad menafikan laporan akhbar bahawa terdapat kem penampungan dan kubur pendatang asing tanpa izin (Pati) etnik Rohingya di sempadan Malaysia dan Thialand.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata ia berdasarkan kepada siasatan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa tiada penemuan kem penampungan atau kubur etnik itu dalam kawasan Malaysia.

"Malaysia disasarkan sebagai negara destinasi bagi kes penyeludupan migran menerusi Thailand yang bertindak sebagai negara transit bagi kegiatan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

KDN juga ingin menjelaskan bahawa apa yang dapat dilihat adalah senario semasa di sempadan Malaysia-Thailand, dan ia lebih menjurus kepada aktiviti jenayah penyeludupan migran berbanding dengan jenayah pemerdagangan orang, katanya.

Alwi berkata, jenayah penyeludupan migran membabitkan pergerakan merentasi sempadan negara dan kebanyakan daripada Pati termasuk etnik Rohingya sanggup bersekongkol dan membayar kepada sindiket jenayah untuk diseludupkan masuk ke Malaysia melalui Thailand yang diseludupkan melakukan kegiatan itu di atas kerelaan mereka sendiri dan bukannya mangsa.

Alwi berkata, kegiatan penyeludupan migran termasuk Pati membabitkan sindiket dari Malaysia dan Thailand yang mengaut pendapatan lumayan daripada aktiviti itu telah lama berlarutan dan merupakan satu cabaran kepada agensi penguatkuasaan di negara ini.

Katanya faktor muka bumi di sekitar sempadan Malaysia dan Thailand yang terdedah menjadi satu laluan mudah bagi sindiket penyeludupan migran menjalankan kegiatan mereka.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 67 PATI warga Myanmar berjaya ditahan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di pintu sempadan negara di Bukit Kayu Hitam, Kedah, pada Khamis lepas.

Pada hari yang sama juga seorang rakyat tempatan ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 26(A) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 ketika cuba menyeludup 12 PATI Kemboja ke Pulau Pinang, katanya.

Sehubungan itu, Alwi mahu agensi penguat kuasa terutamanya di sempadan daratan Malaysia dan negara jiran mempertingkatkan kesiapsiagaan dalam menangani jenayah itu walaupun mempunyai ciri-ciri yang berbeza.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Rohingya , Alwi Ibrahim , kubur

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan