Sukar Untuk Menempatkan Semula Pelarian Di Negara-Negara Baharu - PBB

Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2015 9:21 AM

Pelarian, dipercayai dari Myanmar dan Bangladesh, duduk beramai-ramai selepas mereka ditahan polis di wilayah selatan Songkhla Thailand, Jumaat. -foto AFP

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak lagi boleh mengharapkan pelarian yang datang ke sini untuk ditempatkan semula ke negara-negara ketiga seperti sebelum ini kerana tempat seperti itu semakin 'mengecil' di peringkat antarabangsa.

Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) ke Malaysia, Richard Towle, berkata keutamaan telah beralih ke tempat-tempat lain seperti Timur Tengah, kawasan sub-Sahara dan Afrika di mana terdapat krisis kemanusiaan yang lebih besar.

"Tahun lepas, kita telah menghantar kira-kira 15,000 permohonan untuk penempatan semula. Pada tahun ini bilangan itu adalah separuh daripadanya kerana sudah tiada lagi tahap kepentingan yang sama dari negara-negara penempatan semula," katanya dalam satu temu bual.

Pada masa ini terdapat 152,570 pelarian yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia.

Towle berkata pada tahun 1970-an dan 1980-an apabila orang Indo-Cina melarikan diri ke Malaysia menaiki bot, terdapat 'tahap kesediaan yang tinggi' daripada masyarakat antarabangsa untuk mencari penyelesaian bagi pelarian melalui penempatan semula, sambil menambah situasi seperti itu telah berubah dengan sangat ketara.

Pada tahun 2014, bilangan pelarian di seluruh dunia meningkat kepada 14.2 juta.

Towle berkata di bawah keadaan ini, peranan UNHCR juga berubah dan beralih kepada di mana untuk meletakkan keutamaan yang lebih besar.

"Keupayaan kami untuk memberikan sokongan kepada Malaysia dengan cara yang kita ada pada masa lalu semakin berkurangan kerana kami mempunyai hanya beberapa sumber untuk melakukannya," katanya.

Towle berkata berdasarkan realiti baharu, terpulanglah kepada tuan rumah negara-negara seperti Malaysia untuk mencari cara yang berbeza untuk menangani keadaan pelarian.

Pelarian yang berdaftar dengan UNHCR, 94 peratus datangnya dari Myanmar.

Beliau berkata mereka terpaksa melarikan diri kerana penindasan, penganiayaan dan pelanggaran hak asasi manusia yang nyata.

Beliau berkata pilihan yang ada bagi Malaysia ialah sama ada membiarkan mereka kekal tidak dikenali dalam pasaran ekonomi gelap dan kelabu atau bertindak melalui beberapa jenis program pendaftaran.

"Jika tidak ada langkah-langkah diambil untuk mengetahui siapa yang berada di sini, mereka akan kekal di kawasan gelap yang mempunyai unsur eksploitasi dan jenayah," katanya.

Minggu lepas, Thailand berjaya membongkar kem pemerdagangan manusia dan kubur besar di Songkhla dan Padang Besar. Ia adalah tempat untuk menyeludup pelarian Rohingya dan diperdagangkan ke negara ini.

Bekas presiden kelab Rohingya di Thailand mendakwa terdapat kem-kem yang serupa di Malaysia di mana Rohingya dan Bangladesh yang diperlakukan seperti hamba telah dibawa masuk dan disimpan oleh pengedar.
Tags / Kata Kunci: UNHCR , Richard Towle , pelarian

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan