Jenazah Nor Atikah Selamat Tiba Di Tanahair - Berita Semasa | mStar

Jenazah Nor Atikah Selamat Tiba Di Tanahair

Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2015 8:18 AM

Bapa Allahyarhamah Nor Artikah, Alias Yacob dan tunang anaknya Wan Muhammad Ikhwan Wan Ahmad Sayutti ditemubual pemberita sejurus jenazah tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Moscow dengan penerbangan Emirates malam Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jenazah Nor Atikah Alias, pelajar Malaysia yang meninggal dunia dalam kebakaran asrama di Rusia pada 22 April lepas, selamat tiba di tanah air malam Sabtu.

Pesawat yang membawa jenazah Nor Atikah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) pada 9.45 malam, dan disambut oleh sanak saudara serta beberapa kenalan.

Mengiringi jenazah dari Moscow ialah bapanya Alias Yaacob, ibu Najihah Mat Jusoh serta tunang Nor Atikah iaitu Wan Mohd Ikwan.

Van yang membawa jenazah meninggalkan kompleks kargo KLIA pada 10.45 malam dan menuju ke kampung halaman arwah di Kampung Bukit, Jeram Linang, Pasir Putih, Kelantan dengan diiringi tiga buah kereta yang membawa anggota keluarga.

Ketika ditemui pemberita, Alias berkata jenazah Nor Atikah dijangka dikebumikan di Kampung Bukit pada 10 pagi esok.

Alias juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam urusan membawa pulang jenazah anaknya ke tanah air, antaranya Wisma Putra, Yayasan Terengganu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Nor Atikah, 25, pelajar perubatan tahun akhir Universiti Perubatan Kajian Kebangsaan Rusia di Moscow meninggal di Unit Rawatan Rapi Hospital Sklifosovskogo akibat melecur 30 peratus pada muka, tangan dan kaki.

Segala kos untuk membawa pulang jenazah Nor Atikah ditanggung oleh kerajaan Terengganu kerana Allahyarham merupakanpelajar tajaan Yayasan Terengganu.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan