Keputusan TH Jual Semula Tanah TRX Tindakan Tepat - Ismail Sabri

Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2015 8:47 PM

Ismail Sabri Yaakob.

(Ubah saiz teks)

BERA: Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan keputusan Tabung Haji (TH) mahu menjual semula tanah yang dibeli daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai satu langkah tepat dan matang.

Beliau berkata, langkah itu bukan sahaja dapat meredakan keresahan pendeposit, malah dapat mengakhiri perdebatan berhubung isu pembelian plot tanah seluas 0.66 hektar di Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur bernilai RM188.5 juta itu terutama dalam kalangan pembangkang.

"Ia juga dapat melenyapkan sama sekali dakwaan segelintir pihak yang cuba menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pendeposit dengan menyebarkan dakyah-dakyah yang tidak benar berhubung pembelian tanah itu. 

"Sehubungan itu saya meminta pendeposit tidak perlu bimbang ... kerajaan telah memberi jaminan setiap simpanan dalam TH akan dibayar semula jika berlaku perkara tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Kursus Asas Jemaah Haji Daerah Bera, di Masjid Bera di sini, Ahad.

Katanya, TH mempunyai beberapa anak syarikat untuk menguruskan perniagaan dan pelaburan seperti Tabung Haji Properties, TH Travels, TH Engineering, TH Plantations dengan dana yang tersendiri bagi menambahkan keuntungan yang akhirnya diagihkan kepada pendeposit.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan pembangkang yang didakwanya sengaja mengambil kesempatan berhubung isu itu untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.

Pada Sabtu, Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, TH mengambil keputusan untuk menjual semula tanah seluas 0.66 hektar bernilai RM188.5 juta di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur, selepas menerima tiga tawaran daripada pihak yang berminat membeli tanah itu.

Tags / Kata Kunci: Tabung Haji , TRX

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan