Pihak Berkuasa Malaysia Siasat Kem Seludup Manusia, Kubur Pelarian Thailand

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2015 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

ETALING JAYA: Pihak berkuasa Malaysia akan menjalankan sendiri siasatan berhubung penemuan kubur pelarian dan kem penyeludupan manusia di selatan Thailand, berhampiran sempadan Malaysia, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Dalam Negeri berikrar bahawa pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terperinci berhubung perkara itu.

"Yakinlah bahawa kami akan menyiasat perkara itu dengan teliti.

"Kami akan bekerjasama rapat dengan polis dan pihak berkuasa Thailand berhubung penemuan tanah perkuburan pendatang yang ditemui di selatan Thailand," katanya kepada The Star, Jumaat.

Walaupun kubur tersebut tidak berada di bumi Malaysia, Ahmad Zahid berkata perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana jarak di antara dua negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Bukit Aman akan bekerjasama dengan rakan-rakan mereka Thailand.

"Kami akan menyiasat perkara itu dengan teliti tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya.

Ketua Polis Negara juga mengingatkan semua pihak agar tidak membuat dakwaan tidak berasas atau menyebarkan berita palsu kerana pihak polis masih mencari kebenaran.

Beliau berkata siasatan itu termasuklah memeriksa sama ada terdapat penglibatan rakyat Malaysia dalam rangkaian aktiviti penyeludupan manusia, serta sama ada wujudnya kem-kem untuk pendatang tanpa izin di Malaysia.

"Kami akan meneroka semua aspek siasatan," katanya.

Menurut laporan, polis Thai telah mengeluarkan 10 waran tangkap terhadap orang yang disyaki terbabit dengan aktiviti penyeludupan manusia berikutan penemuan puluhan mayat pendatang tanpa izin di kem pelarian.

Ketua Polis Thailand, Somyot Poompanmoung, berkata para pegawai sedang berusaha untuk membersihkan semua 'kem kematian' dalam masa 10 hari selepas diarahkan oleh Perdana Menteri, tetapi tidak memberikan butiran tentang jumlah tapak yang beliau percaya berada di selatan Thailand.

"Saya tidak akan membenarkan kem seperti ini wujud di Thailand," katanya kepada pemberita di Bangkok.

Pihak berkuasa di Thailand berdepan cabaran untuk menunjukkan bahawa negara itu serius menangani aktiviti penyeludupan manusia setelah bertahun-tahun dituduh menutup mata, bahkan bersubahat dalam aktiviti ini.

Lebih dari 50 anggota polis, termasuk pegawai-pegawai kanan, telah dipindahkan daripada jawatan mereka sejak 26 mayat digali semula dari kubur pada hujung minggu, berhampiran bandar Padang Besar di wilayah selatan Songkhla.

Sebanyak enam mayat ditemui pada Rabu, di hutan lereng bukit yang yang terletak beberapa ratus kilometer dari sempadan Malaysia.

Semua mayat yang ditemui dipercayai dari Myanmar atau Bangladesh.

Forensik data telefon bimbit dan kerjasama erat antara badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan polis membawa kepada tertumpasnya sebuah sindiket penyeludupan manusia antarabangsa.

Penyiasat dapat mengesan dan menangkap anggota sindiket yang menyeludup pelarian Rohingya dan Bangladesh ke Malaysia.

Turut ditemui adalah kem di hutan Songkhla, selatan Thailand di mana di situ terdapat kubur untuk menanam mayat pelarian secara beramai-ramai  yang dipercayai dikendalikan oleh sindiket itu.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan