GST: Kerajaan Dicadang Perkenal Sistem Resit, Bil Standard

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2015 4:47 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerajaan dicadang memperkenalkan sistem resit atau bil standard dan seragam bagi mengelak pengguna ditipu peniaga tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

Presiden Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS) James Bagah berkata sistem resit atau bil itu mesti diperakui Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), dan peniaga khususnya yang berdaftar CBP diwajibkan hanya menggunakan resit atau bil tersebut.

Menyifatkannya penambahbaikan yang perlu dalam pelaksanaan CBP, beliau berkata perkara itu penting memandangkan pengeluaran resit atau bil oleh sesetengah peniaga ketika ini masih mengelirukan pengguna termasuk di Sabah.

"Resit atau bil meragukan antara laporan diterima daripada pengguna khususnya di negeri ini setelah sebulan CBP dilaksanakan.

"Ini kerana, ada peniaga mengeluarkan resit atau bil menggunakan mesin dan ada juga dengan tulisan tangan. Pengguna tertanya-tanya sama ada peniaga mengeluarkan resit atau bil dengan tulisan tangan benar-benar berdaftar CBP, diiktiraf dan diperakui sah," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Selain itu, James berkata terdapat juga peniaga yang hanya menyatakan nombor pendaftaran CBP menggunakan cop, yang disifatkannya masih meragukan memandangkan cop boleh dibuat oleh sesiapa sahaja.

Justeru, beliau berharap JKDM serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sentiasa membuat pemantauan dan mengenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan kepada peniaga yang didapati melakukan kesalahan.

James yang juga Anggota Majlis Penasihat Pengguna Negara juga menyarankan supaya penerangan mengenai CBP diperhebatkan dengan memberi tumpuan di kawasan luar bandar berikutan pengguna di kawasan berkenaan masih kurang memahami sistem percukaian baharu itu.

"CBP sudah sebulan dilaksanakan di seluruh negara, namun masih terdapat pengguna yang keliru mengenai jenis barangan dikenakan cukai, sifar cukai dan dikecualikan cukai.

"Akibatnya ada peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati dan mengenakan CBP terhadap barang dikecualikan atau sifar CBP sehingga membebankan pengguna," katanya.

James berkata harga barangan sepatutnya mengalami penurunan kerana caj CBP hanya enam peratus berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang sebelum ini 10 peratus.

"Ada barangan tertentu sepatutnya mengalami penurunan harga empat peratus, namun peniaga sengaja tidak menolak cukai lama sebelum mengenakan CBP sehingga berlaku kenaikan harga barang," katanya.

Tags / Kata Kunci: GST , CAPS

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan