Keluarga Datin Habibah Mohon Tidak Diganggu

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2015 2:07 PM

Asap kebakaran di lokasi nahas helikopter yang mengorbankan Datin Habibah di Naltar, Gilgit, Pakistan

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Keluarga kepada isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud memohon semua pihak terutama pihak media supaya memberi ruang privasi kepada mereka dan memahami situasi kesedihan yang mereka sedang hadapi.

Adik ipar Allahyarham yang enggan dikenali berkata buat masa ini mereka sekeluarga terutama ibu Allahyarham masih terkejut dengan kejadian yang berlaku.

"Ibu mentua saya sedang bersedih kerana kehilangan dua anggota keluarga iaitu suaminya dan Habibah dalam tempoh yang singkat. Harap semua pihak faham dengan keadaan kami," katanya kepada pemberita di rumah keluarga Habibah di Pekan Semerah di sini, Sabtu.

Bapa Habibah, Mahmud Abdul Aziz, 80-an meninggal dunia pada Mac lepas.

Habibah maut selepas helikopter tentera Pakistan yang membawa rombongan duta-duta asing terhempas di kawasan Lembah Naltar, Pakistan pada Jumaat.

Nahas dilapor turut mengorbankan duta besar Norway, Belanda dan Filipina termasuk isteri Duta Besar Indonesia.

Sementara Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar dilapor cedera dan dirawat di Hospital Gilgit.

Adik ipar Habibah berkata kebanyakan anggota keluarga Allahyarham mula berkumpul di rumah keluarga Allahyarham.

Beliau berkata mereka masih menunggu sebarang perkembangan terkini mengenai  Allahyarham.

Sementara itu di Nilai, Negeri Sembilan, seorang lagi anggota keluarga Allahyarham berkata jenazah Allahyarham dijangka tiba di Malaysia sama ada esok atau lusa.

Tags / Kata Kunci: Pakistan , Nahas Helikopter

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan