Jenazah Habibah Tiba Di Islamabad - Wisma Putra

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2015 10:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Datin Habibah Mahmud, isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, yang terkorban dalam nahas helikopter di utara Pakistan, tiba di Islamabad pada pagi Sabtu. 

Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata jenazah sekarang berada di Hospital Tentera Rawalpindi dan kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Luar Pakistan untuk mempercepatkan urusan membawa pulang jenazah ke Malaysia. 

"Kementerian telah mengarahkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan usaha membawa pulang jenazah Allahyarham berjalan lancar.

"Kementerian ingin mengucapkan takziah yang tulus ikhlas kepada keluarga mangsa dan akan terus bekerjasama untuk memastikan urusan membawa pulang jenazah Allahyarham berjalan lancar," menurut kenyataan kementerian itu hari ini.

Habibah ialah seorang daripada tujuh individu yang dilaporkan terbunuh dalam nahas helikopter itu di Lembah Naltar di kawasan Gilgit-Baltistan.   

Helikopter itu membawa sekumpulan duta asing dan isteri masing-masing untuk menghadiri acara rasmi anjuran kerajaan Pakistan apabila pesawat malang itu terhempas.

Sementara itu, kenyataan itu berkata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr. Hasrul Sani Mujtabar, yang terselamat dalam insiden itu dan hanya cedera ringan, juga telah tiba di Islamabad dan kini menjalani rawatan lanjutan di hospital yang sama. -- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan