Ibu Tunggal Sibuk Besarkan Anak Tidak Tahu Wujudnya Hari Ibu

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2015 1:41 PM

Wan Maimun (tengah) sedang menenun kain songket sambil ditemani anaknya Abdul Rahim Ngah, 38, (kanan) dan cucunya Nur Atiqah Che Amran di rumah mereka di Losong.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Siapa sangka wanita yang berusia ini tidak mengetahui kewujudan Hari Ibu malah tidak tahu bagaimana sambutan tersebut selalu diraikan sedangkan pengorbanannya cukup besar buat keluarga.

Apabila memberi keterangan yang jelas kepadanya, Wan Maimun Yusof, 72 memberi reaksi terkejut dan memberitahu dia tidak menjangka terdapat hari khas buat kaum ibu sepertinya.

"Saya tidak pernah mendengar mengenai Hari Ibu dan tidak pernah menyambutnya kerana anak-anak pun tidak memberi ucapan Hari Ibu buat saya," katanya ketika sedang menolak tenunan untuk kain songket.

Wan Maimunah sempat mengenang kembali bagaimana dia menyara tujuh anaknya yang kini berjaya dengan hasil pendapatan tenunan songket.

"Saya mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan yang pertama. Selepas bercerai, saya berkahwin dengan suami kedua yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.

"Menjadi ibu tunggal merupakan satu cabaran yang agak sukar kerana saya perlu melakukan pelbagai pekerjaan untuk membesarkan anak," katanya.

Selain dari menenun songket, Wan Maimunah turut menjual kuih muih di kawasan berdekatan hasil dari masakannya sendiri.

"Saya rasa sangat bersyukur kerana arwah mak dahulu mengajar cara menenun songket sewaktu kecil. Inilah hasil pendapatan kami disamping menjual kuih," katanya.

Tambahnya, dia berasa terkejut dan berbesar hati apabila pihak Hotel Permai di Kuala Terengganu menghubunginya untuk hadir meraikan sambutan Hari Ibu pada 16 Mei depan.

Sementara itu, Wan Maimunah kini tinggal bersama anak lelakinya yang kurang upaya, Abdul Rahim Ngah, 38, juga merupakan bekas eksekutif akaun suatu ketika dahulu.

Anaknya kini mengusahakan perniagaan percetakkan serta memberi ceramah motivasi di sekolah dan anaknya melahirkan rasa terharu dengan pengorbanan ibunya menyara keluarga.

"Saya berbangga dengan ibu. Dia seorang yang tegas apabila berkaitan dengan displin dan pelajaran," kata graduan ekonomi Universiti Malaya ini.

Kini, Wan Maimunah masih lagi menenun songket dan mengambil tempahan dari orang ramai serta menjadikan perniagaan tersebut sebagai satu hobi.

"Saya sudah memperlahankan sedikit peniagaan ini kerana bagi menyiapkan satu songket, saya mengambil masa selama 20 hari.

"Saya tidak lagi bergantung pada sumber pendapatan ini kerana anak-anak memberi saya duit belanja setiap bulan," katanya.

Apabila ditanya apakah hadiah yang diinginkan sempena Hari Ibu ini, Wan Maimunah memaklumkan dia mahu menunaikan haji dan umrah sekali lagi jika diberikan peluang.

Tags / Kata Kunci: Hari Ibu , Songket

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan