Tindakan Gerakan Cabar Kesahihan Hudud Di Mahkamah Melampau - Mohd Amar

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2015 8:28 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan tindakan Gerakan memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kesahihan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 1993 (Pindaan 2015) atau hudud pada Jumaat, sebagai melampau.

Beliau berkata PAS akan berjuang habis-habisan bagi memastikan undang-undang hudud itu dapat dilaksanakan di Kelantan.

"Kita akan lawan, cuma saya tertanya-tanya apa tujuan Gerakan yang bersungguh-sungguh sebab usaha (bawa hudud) ini boleh ditolak dalam Parlimen.

"Kenapa Gerakan perlu failkan di mahkamah dan jadikan benda ini secara 'legal' (sah) sebab ia boleh ditolak dalam Parlimen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS Kelantan, di sini, Sabtu.

Mohd Amar, yang juga Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, berkata tindakan Gerakan itu hanya akan menyebabkan orang Islam di
negara ini memandang serong terhadap parti itu.

"Itu bahaya kepada iklim politik di Malaysia, tidak setuju satu hal tapi bawa ke mahkamah ini satu benda yang serius," katanya.

Pada Jumaat, Gerakan telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kesahihan Enakmen Kanun Jenayah Syariah  11 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai hudud di bawah perlembagaan.

Timbalan Ketua Pemuda dan ketua pasukan perundangan Gerakan, Andy Yong Kim Seng, dilaporkan berkata notis usul dikemukakan di pusat sehenti Pejabat Ketua
Pendaftar Mahkamah Persekutuan kira-kira 11 pagi. 

Dalam notis usul itu, Gerakan meminta Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada parti itu untuk membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan bagi
membincangkan dan memutuskan persoalan undang-undang sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mempunyai bidang kuasa menggubal Kanun Jenayah Syariah II (Pindaan 2015).

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kota Baharu telah menolak saman pemula difailkan parti Gerakan terhadap kerajaan negeri Kelantan berhubung Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015).

DUN Kelantan pada 19 Mac lepas meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) setelah memperoleh undi sebulat suara daripada 44 anggota Dewan yang menghadiri persidangan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Hudud , Mohd Amar , PAS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan