Anak Ke Pakistan Bantu Cam Mayat Habibah

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2015 3:58 PM

Asap kebakaran di lokasi nahas helikopter yang mengorbankan Datin Habibah di Naltar, Gilgit, Pakistan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang daripada anak Allahyarham Datin Habibah Mahmud dijangka tiba ke Pakistan pada Sabtu bagi membantu urusan pengecaman mayat ibunya.

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Aiyub Omar berkata kehadiran anggota keluarga itu bagi membolehkan ujian DNA dilakukan.

Beliau berkata jenazah isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar tersebut dijangka tiba di pangkalan tentera di Islamabad dari Gilgit dengan pesawat tentera Pakistan pada Sabtu.

"Jenazah Allahyarham akan ditempatkan buat sementara waktu di Combined Military Hospital Rawalpindi, kira-kira setengah jam perjalanan dari ibu negara Pakistan, Islamabad," katanya ketika dihubungi.

Turut diterbangkan ke Islamabad ialah jenazah duta besar Norway dan Filipina serta jenazah isteri kepada duta besar Indonesia.

Habibah merupakan antara tujuh mangsa yang dilapor terbunuh apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di kawasan Lembah Naltar di wilayah Gilgit-Baltistan.

Aiyub berkata beliau dimaklumkan bahawa kerajaan Pakistan akan membantu urusan membawa pulang jenazah Habibah ke Malaysia.

Kementerian Luar Malaysia semalam mengesahkan Hasrul Sani cedera dalam kejadian itu dan kini dirawat di Hospital Gilgit.

Aiyub berkata beliau masih belum dapat melawat Hasrul Sani kerana Hospital Gilgit terletak agak jauh dari Islamabad.

"Saya ada menghubungi beliau semalam dan hari ini melalui telefon. Beliau mengalami lecur tujuh peratus di bahagian muka dan tangan, tapi boleh bercakap dengan baik," katanya.

Dalam nahas berkenaan, helikopter tersebut membawa rombongan diplomat asing dan isteri masing-masing untuk mengikuti program rasmi kerajaan Pakistan.

Tags / Kata Kunci: Pakistan , Datin Habibah

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan