Rakyat Mahu Jawapan Konkrit, Tindakan Segera - TPM

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 10:21 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin

(Ubah saiz teks)

MILAN: Pengajaran utama Barisan Nasional (BN) daripada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin dan PRK Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini adalah rakyat mahukan jawapan konkrit dan tindakan segera kerajaan terhadap isu-isu berbangkit, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat mahu kerajaan tidak memandang remeh terhadap isu-isu semasa.

"Kita kena lihat pendekatan baharu dalam tangani isu-isu rakyat," katanya kepada media Malaysia di sini pada Jumaat apabila ditanya mengenai pengajaran utama yang boleh dipelajari BN daripada PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh.

PRK Rompin diadakan pada 5 Mei lepas yang menyaksikan BN mengekalkan kerusi itu menerusi calonnya Datuk Hasan Arifin manakala PRK Permatang Pauh semalam dimenangi Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Muhyiddin berkata pada pandangan rakyat, isu berkenaan mesti diuruskan secepat mungkin dan tidak membiarkannya berlarutan.

"Ini bermakna setiap isu berbangkit yang dihadapi rakyat yang dibawa ke muka kerajaan, mesti diurus dan ditangani secepat mungkin...sama ada jawapan ke, penambahbaikan ke," kata beliau.

Muhyiddin kini dalam rangka lawatan kerja rasmi selama tiga hari di sini sejak Khamis.

Antara isu-isu semasa yang dibangkitkan pada kedua-dua PRK itu ialah mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Muhyiddin berkata respons daripada rakyat menunjukkan mereka mahukan kerajaan memberikan maklum balas yang cepat dan sesuai dengan perkembangan maklumat masa nyata yang terdapat di media sosial.

"Pada pandangan rakyat, sikap 'defensive' (mempertahankan diri) tidak membantu dalam jangka masa panjang. Sikap 'offensive' (strategik) mestilah bersedia dengan jawapan untuk rakyat," kata beliau.

Timbalan Perdana Menteri berkata di sudut pandangan rakyat, mereka mahukan jawapan dan kebenaran.

Ditanya mengenai analisis awal BN terhadap keputusan PRK Parlimen Permatang Pauh, Muhyiddin berkata eksploitasi pembangkang terhadap isu berbangkit menjadi antara punca kekalahan BN.

Analisis awal itu juga menunjukkan rakyat tidak tertarik lagi dengan isu-isu pembangunan yang diutarakan semasa berkempen, sebaliknya mereka lebih menumpukan kepada isu-isu semasa.

Kegagalan BN menjawab isu semasa, sebagai contoh mengenai 1MDB, telah dieksploitasikan oleh pembangkang, kata beliau.

Muhyiddin berkata analisis menyeluruh mengenai keputusan PRK itu perlu dibuat bagi mengelak ia menjadi trend sehingga boleh menjejaskan keputusan pilihan raya umum kelak.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan