Melaka Laksana Pembungkusan Tanpa Beg Plastik 1 September Depan

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 12:27 PM

Md Yunos Husin.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kerajaan Melaka akan melaksanakan amalan pembungkusan barangan tanpa beg plastik sepenuhnya untuk setiap hari di semua pasar raya dan premis perniagaan di negeri ini berkuat kuasa 1 September depan.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka, Datuk Md Yunos Husin berkata melalui inisiatif itu peniaga hanya dibenar menggunakan beg biodegradasi yang diperbuat daripada bahan mudah terurai seperti daripada hampas tebu, jagung dan ubi kayu.

"Inisiatif yang ingin dilaksanakan ini bukan untuk menyusahkan orang ramai sama ada pembekal beg plastik, peniaga atau pengguna tetapi ia demi masa depan generasi akan datang kerana plastik tidak mudah terurai akan mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

"Sehubungan itu, semua kebenaran menggunakan beg plastik dengan caj 20 sen yang dilaksanakan sebelum ini juga sudah tidak dibenarkan selepas ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pembentukan Sekolah Lestari di sini.

Melaka telah melaksanakan Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sebagai langkah awal bagi pelaksanaan sepenuhnya usaha tersebut yang sebelum ini dirancang dilaksanakan tahun depan.

Md Yunos berkata Perbadanan Teknologi Hijau Melaka juga akan mengadakan perjumpaan dengan semua peniaga di seluruh negeri itu untuk mendapatkan kerjasama mereka supaya menyediakan pembungkusan bukan berasakan beg plastik kepada pengguna.

"Perlaksanaan tersebut merupakan antara langkah kerajaan negeri merealisasikan hasrat menjadikan Melaka sebagai negeri hijau sepenuhnya menjelang 2020," katanya.

Terdahulu pada majlis itu, beliau turut menyampaikan Anugerah Sekolah Lestari bagi sesi 2013/2014 bagi kategori sekolah rendah yang dimenangi Sekolah Kebangsaan Bukit Baru.

Sekolah yang pertama kali menyertai pertandingan berkenaan menerima hadiah wang tunai RM13,000, plak dan sijil penghargaan.

Tags / Kata Kunci: Melaka , plastik beg

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan