Tabung Haji Pertahan Keputusan Beli Tanah TRX Dari 1MDB

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 10:07 AM

Johan Abdullah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji membeli plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada harga diskaun kira-kira 3% daripada nilai pasaran semasa yang dinilai sebuah syarikat penilaian bebas.

Tabung Haji mempertahankan keputusan untuk membeli tanah tersebut dengan berkata tanah seluas 1.6 ekar itu bernilai RM188.5 juta manakala nilai pasaran semasa adalah RM194 juta.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Johan Abdullah berkata keputusan membeli tanah itu melalui 'proses pelaburan biasa dan ketat' melibatkan jawatankuasa penilaiannya, ahli lembaga, syarikat penilaian bebas luar dan dibawa ke kementerian.

"Apabila rundingan bermula awal tahun ini, ia ditawarkan oleh 1MDB pada harga lebih RM200 juta," katanya.

Tabung Haji membeli tanah pada RM2,773 sekaki persegi yang bermaksud sebidang tanah boleh dibangunkan dengan keluasan lantai 10 kali lebih besar daripada tanah tersebut.

Urus niaga tanah di kawasan pusat bandar berhampiran dengan KLCC juga kini dilakukan pada kadar RM3,000 sekaki persegi.

Namun, ia merupakan tanah matang dengan kemudahan infrastruktur di lokasi tersebut dan jarak berjalan kaki dari menara berkembar itu.

Bagi TRX, pembinaan infrastruktur masih sedang dijalankan dikawasan seluas 70 ekar yang dijangka mengambil masa selama 10 hingga 15 tahun lagi.

1MDB dibayar RM194.1 juta untuk keseluruhan tanah seluas 28 ekar itu, menurut laporan tahunan syarikat tersebut pada 2011.

Johan berkata sebagai sebahagian daripada syarat pembelian, 1MDB akan menjalankan pembinaan infrastruktur.

"Jika syarat tidak dipenuhi, kami berhak menamatkan perjanjian tersebut," katanya.

Tabung Haji merancang untuk membina hartanah kediaman mewah di atas lot tanah yang akan disiapkan dalam tempoh tiga tahun.

Anak syarikat Tabung Haji, TH Property Sdn Bhd, akan melaksanakan pembangunan hartanah.

"Kami mahu menjadi sebahagian daripada pembangunan tetapi dengan hak dan nilai optimum untuk memenuhi risiko hasrat kami," katanya.

Tabung Haji dijangka mendapat pulangan sebanyak 27% daripada pelaburannya dalam sebidang tanah tersebut dalam tempoh tiga tahun pertama.

Johan berkata cadangan untuk membeli 'Signature Tower', satu lagi lot tanah dalam TRX ditolak kerana ia tidak memenuhi syarat risiko pulangan dana.
Tags / Kata Kunci: Tabung Haji , TRX , 1MDB

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan