Mat Sabu Sah Pertahan Kerusi Nombor Dua PAS

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 5:39 PM

Mohamad Sabu

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akhirnya mengesahkan untuk mempertahankan kedudukannya pada pemilihan PAS Pusat, bulan depan.

Walaupun menerima jumlah pencalonan yang kecil, Mohamad sedia berhadapan dengan calon popular bagi jawatan itu yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Saya bersedia untuk kekal berkhidmat sebagai Timbalan Presiden PAS jika terus diberi kepercayaan oleh perwakilan dalam Muktamar Agung PAS ke-61 akan datang,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Sehingga kini, Mohamad yang mesra dipanggil ‘Mat Sabu’ dilaporkan menerima 12 pencalonan berbanding Tuan Ibrahim dengan 94 pencalonan.

Dua lagi calon yang layak merebut jawatan timbalan presiden ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata, beliau sedia meneruskan kerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, khususnya dalam melebarkan pengaruh parti Islam itu.

"InsyaAllah saya akan terus membantu Presiden dan parti terutama dalam usaha memperluaskan pengaruh PAS di kalangan orang awam, bukan Islam, NGO serta pelajar.

"Namun kita perlu faham, untuk mempertahankan dasar PAS dan matlamatnya serta dalam masa yang sama berusaha melebarkan pengaruh PAS kepada semua kaum dan agama adalah kerja yang mencabar.

“Tapi kita perlu yakin dengan kesabaran dan ketekunan kita, InsyaAllah, kita akan meraih hasilnya,” katanya.

Kenyataan tawaran untuk mempertahankan jawatan itu dibuat sehari selepas Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh menerusi Parti Keadian Rakyat (PKR).

Prestasi baik Mohamad selaku Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRK Permatang Pauh dilihat mampu melonjakkan kembali imejnya di kalangan ahli PAS apabila kubu kuat PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir kekal menyokong calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tags / Kata Kunci: Mat Sabu , PAS , Tuan Ibrahim Tuan Man

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan