KPN Setuju Cadangan Wajib Pasang Kerusi Khas Bayi Dalam Kereta

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 11:35 PM

Tan Sri Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bukit Aman menyokong cadangan mewajibkan kerusi khas bayi dipasang dalam kereta.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dasar itu akan memastikan keselamatan pemandu dan penumpang, terutamanya kanak-kanak.

"Banyak negara mempunyai dasar yang sama, ia berfungsi sebagai langkah berjaga-jaga," katanya kepada pemberita.

Ditanya mengenai kekurangan penguatkuasaan terhadap penggunaan tali pinggang keledar, Khalid berkata rakyat terpaksa mengubah sikap mereka.

"Apabila memandu di depan kami atau berhenti di sekatan jalan raya, mereka akan memakai tali pinggang keledar. Tetapi mereka akan membukanya semula selepas itu. Adakah itu bermakna kita perlu mengikut setiap kereta di jalan raya?

"Jika mereka tidak mengambil berat tentang keselamatan mereka sendiri, maka apa yang kita boleh buat?" katanya.

Khalid berkata, dalam usaha untuk meningkatkan penguatkuasaan, polis telah cuba melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tetapi ia lebih mendapat kritikan awam.

"Jika kita mendedahkan jumlah saman trafik yang dikeluarkan, orang ramai akan terkejut apabila mengetahui angka itu," katanya.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff  memuji idea mewajibkan pemasangan kerusi khas bayi dipasang dalam kereta.

"Kami mempunyai rekod bayi-bayi yang tercampak keluar dari kenderaan, mereka sama ada dipegang oleh ibu bapa semasa kemalangan atau hanya diletakkan dalam kereta tanpa langkah-langkah keselamatan yang mencukupi.

"Meletakkan bayi dan kanak-kanak di tempat duduk kereta yang sesuai boleh mengurangkan kemungkinan mereka tercampak keluar dari kenderaan," katanya.

Beliau mengingatkan semua pihak untuk menghentikan spekulasi mengenai kemalangan di Lebuhraya Duke di mana pasangan suami isteri dan bayi mereka terbunuh berpunca daripada perlumbaan melibatkan beberapa pemilik kereta Perodua Myvi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan