Johor Peruntuk RM10 Juta Bantu Nelayan Terjejas Penambakan Laut

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 5:52 PM

Mohamed Khaled Nordin

Khaled Nordin

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan RM10 juta untuk diberi sebagai wang saguhati kepada nelayan, penternak kupang dan ikan sangkar di Johor Selatan yang terjejas akibat penambakan laut dan hakisan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata peruntukan itu adalah dana permulaan bagi Tabung Pembangunan Nelayan Johor yang ditubuhkan untuk membantu mereka yang terlibat dengan projek pembangunan di kawasan masing-masing.

"Penubuhan Tabung Pembangunan Nelayan Johor diumumkan dalam Bajet Johor 2015 hujung tahun lepas. Dananya adalah menerusi kutipan caj bayaran sebanyak 30 sen daripada pemaju hartanah bagi setiap kaki persegi laut yang ditambak mereka.

"Oleh kerana proses kutipan belum mula dan dijangka akhir tahun ini, maka kerajaan negeri yang mempunyai bajet lebihan memutuskan untuk memberi pendahuluan RM10 juta bagi mengisi tabung itu supaya bayaran saguhati kepada nelayan dapat disegerakan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian wang saguhati nelayan Johor Selatan di sini, Jumaat.

Seramai 1,509 nelayan, penternak kupang dan ikan sangkar layak menerima saguhati RM1,000 seorang, dan daripada jumlah itu, seramai 211 nelayan dan 44 penternak kupang serta ikan sangkar di Parlimen Pasir Gudang menerima bayaran itu, Jumaat.

Mohamed Khaled berkata, Tabung Pembangunan Nelayan Johor dijangka mampu memberikan saguhati itu secara tahunan sekurang-kurangnya dalam jangka masa lima hingga tujuh tahun kepada kesemua nelayan dan penternak Johor Selatan yang turut merangkumi Parlimen Johor Baharu, Tebrau, Pulai, Gelang Patah dan Tanjung Piai.

Pada masa sama, katanya kerajaan negeri berharap pemaju hartanah dapat bekerjasama membantu kerajaan negeri mengisi tabung berkenaan.

"Caj sebanyak 30 sen yang dikenakan itu akan dimaklumkan kepada pemaju ketika memohon kelulusan menjalankan kerja-kerja penambakan. Caj itu bukannya besar kepada pemaju dan tidak membebankan mereka," katanya.

Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri juga merancang mewujudkan Pelan Program Transformasi Nelayan Selat Tebrau sebagai usaha jangka panjang meningkatkan taraf hidup mereka.

Kerajaan negeri tidak mahu golongan itu meninggalkan kerjaya nelayan kerana mereka berperanan penting dalam membekalkan sumber makanan, katanya.

-- Bernama

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan