"Jangan Guna Wang Untuk Selamatkan Hutang 1MDB," Kata Dr M Kepada Tabung Haji

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 8:34 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan Lembaga Tabung Haji berhubung pembelian tanah di Tun Razak Exchange daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 juta untuk 70 ekar.

"Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 juta inggit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar.

"Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion ringgit," kata Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc .

Bekas Perdana Menteri itu menggesa Tabung Haji untuk membatalkan perjanjian itu dan berkata adalah sesuatu yang menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir menafikan bahawa pentadbiran beliau menyalahgunakan dana awam.

"Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah.

"Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!!

"Jika tidak dapat diam sajalah," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan