APMM Terima Kapal Ronda Daripada Kerajaan Australia

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 3:41 PM

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish (kanan) bertukar dokumen dengan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia Dr Angela Macdonald selepas menandatangani dokumen penyerahan kapal Bay Class kedua KM Satria pada majlis penerimaan dan penamaan kapal tersebut daripada kerajaan Australia untuk kegunaan APMM di Pusat Hydrographic National Tentera Laut Diraja Malaysia Pulau Indah pada Jumnaat.

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menerima sebuah lagi kapal ronda Kelas Bay daripada kerajaan Australia selepas yang pertama diterima pada 27 Feb lepas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Amdan Kurish berkata kapal yang dinamakan 'Kapal Maritim (KM) Satria' itu akan ditempatkan di Johor Baharu bagi menjalankan tugas-tugas menangani kegiatan penyeludupan manusia di wilayah maritim selatan.

"Wilayah selatan merupakan kawasan panas dalam kegiatan penyeludupan manusia ke negara ketiga dan saya lihat, kapal ronda itu lebih diperlukan untuk tugasan tersebut di sana.

Namun, tidak bermakna kapal itu digunakan semata-mata membanteras kegiatan penyeludupan tetapi kita akan mempelbagaikan tugasannya untuk menjaga keselamatan maritim negara," katanya kepada pemberita selepas upacara penyerahan dan memberi nama kapal berkenaan di sini, Jumaat.

Turut hadir pada upacara tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia Dr Angella MacDonald.

Kapal ronda Kelas Bay yang pertama, 'KM Perwira' yang diterima APMM pada Februari lepas kini ditempatkan di Lumut, Perak bagi membasmi jenayah rentas sempadan.

Mohd Amdan berkata kedua-dua kapal itu mempunyai ciri-ciri yang sama dan merupakan hadiah daripada kerajaan Australia dalam memperkukuh hubungan bilateral kedua-dua negara selain saling berkongsi maklumat demi menjaga perairan Malaysia-Australia.

Tambah beliau, penerimaan dua kapal ronda itu menambahkan jumlah keseluruhan aset perkapalan APMM menjadi 250 unit merangkumi 88 kapal dan 162 bot.

'KM Satria' adalah kapal berukuran 34.95 meter panjang, dilengkapi antara lain dengan senjata dan peralatan keselamatan diri serta unit kamera litar tertutup termasuk kemudahan membawa tahanan disyaki pendatang tanpa izin.

Sementara itu, Dr MacDonald berkata pemberian kapal tersebut mencerminkan hubungan kedua-dua negara yang erat dan ia akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Tags / Kata Kunci: APMM , Australia

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan