Kerajaan Diminta Muktamadkan Tambang Bas Ekspres Sebelum Ramadan

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 8:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) meminta kerajaan agar memuktamadkan pelaksanaan kenaikan tambang bas ekspres sebelum Ramadan pada bulan depan.

"Saya harap sangat kerajaan akan berikan kata putus sebelum bulan puasa, kami runsing kerana perkara ini terus menjadi persoalan sejak penangguhan kenaikan tambang bas ekspres diumumkan pada 21 Mac lalu," kata Yang Dipertua Pembawa Tajudin Mohd Yunus dalam sidang media khas,Khamis.

Tajudin berkata situasi itu menyebabkan pihaknya menghantar memorandum berkaitan hal itu kepada Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan untuk diperhalusi kerana bimbang ada syarikat bas yang terpaksa gulung tikar jika keadaan itu berlanjutan.  

"Pihak pengusaha sudah habis ikhtiar tentang perkara ini, daripada lebih 80 peratus pengusaha bas Bumiputera pada 1978, kini hanya tinggal 20 peratus yang masih tinggal dan sangat goyah, tidak terbela," katanya. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Sani Ekspress Mejar (B) Abu Bakar Mohamad berkata pihaknya amat kesal dan terkesan dengan penangguhan kenaikan tambang bas ekspres itu yang telah lama diperjuangkan Pembawa.

"Syarikat bas keseluruhannya berdepan kenaikan kos operasi setiap tahun, malah sejak adanya Cukai Barang dan Perkhidmatan, ia mencecah hampir 100 peratus kenaikan sedangkan kami masih terus memberi yang terbaik malah kualiti perkhidmatan kami sering dipertingkat," katanya.   

Beliau berkata kesan daripada masalah itu, syarikatnya terpaksa melupakan hasrat untuk menambah bilangan bas dan jumlah perjalanan terutama apabila musim cuti dan perayaan.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 19 Mac lepas, mengumumkan kadar tambang pengangkutan awam melibatkan teksi dan bas ekspres ekoran peningkatan kos operasi sehingga 33 peratus.

Bagaimanapun, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan kadar tambang baharu bas ekspres sehingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan, manakala tambang baharu teksi diteruskan.

Tags / Kata Kunci: tambang bas ekspres

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan