Kerusi Khas Bayi Pelaburan Berbaloi - Rohani

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 3:52 PM

Datuk Seri Rohani Abd Karim

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun ia belum dikuatkuasakan sebagai undang-undang, memiliki kerusi khas bayi dalam kenderaan perlu menjadi keutamaan bagi ibu bapa dalam memastikan keselamatan anak mereka terjamin.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abd Karim berkata, walaupun undang-undang di negara ini belum mewajibkan mereka berbuat demikian, ibu bapa harus sedar bahawa kerusi khas bayi adalah pelaburan yang berbaloi.

"Ini adalah tanggungjawab. Sebagai ibu bapa, mereka bawa anak, takkanlah mereka nak letak sahaja anak mereka di tempat duduk dalam kereta.

"Laburkanlah sedikit wang untuk gajet (kerusi khas bayi) seperti ini atas sebab keselamatan, ia adalah satu pelaburan yang sangat bagus," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Buku Happy Meal Mc'Donalds di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Kementerian Pengangkutan untuk mewajibkan pemilik kenderaan menggunakan kerusi khas untuk bayi dan kanak-kanak.

Cadangan tersebut timbul selepas kejadian bayi berusia tujuh bulan tercampak dari kenderaan dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Rohani berkata, kementerian menyokong cadangan tersebut yang jelas memberi kebaikan, mengurangkan risiko bayi tercampak keluar dan membantu menyelamatkan nyawa sekiranya berlaku nahas di jalan raya.

Namun, beliau berkata, sementara menunggu kajian mengenai penggunaannya dijalankan, ibu bapa terutama yang mempunyai anak kecil sepatutnya iktibar daripada insiden tersebut.

"Ada ibu bapa yang bertanggungjawab terhadap keselamatan anak mereka, dah ada 'baby car seat'.

"Kalau yang belum ada, saya cadangkan mereka beli walaupun tak ada undang-undang (wajib) lagi. Melabur sekali sahaja dan ia boleh digunakan banyak kali untuk anak yang seterusnya," katanya.

Cadangan penggunaan kerusi khas bayi dalam kenderaan pertama kali disarankan oleh Persatuan Pengguna Malaysia (Maconas) sebagai langkah keselamatan bagi menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang juga penumpang kenderaan berikutan tragedi yang mengorbankan tiga nyawa membabitkan Fairuz Nizam, 35, isterinya Nova Safitri, 27, serta anak perempuan mereka yang berusia tujuh bulan Nur Annisa Firuza akibat tercampak dari kenderaan jenis Pajero Sport dalam kemalangan Sabtu lalu.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, cadangan tersebut baik tetapi terdapat beberapa perkara perlu diperhalusi termasuklah kesesuaiannya seiring pembangunan kenderaan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan