Tiada Perjanjian Tanah Dengan 1MDB - Tabung Haji

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 12:35 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tabung Haji menafikan laporan pemberi maklumat bahawa badan pengurusan tabungan jemaah haji itu telah membeli beberapa bidang tanah daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada harga yang tidak munasabah.

"Tak betul. TH (Tabung Haji) akan keluarkan kenyataan secepat mungkin," kata pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menerusi Twitternya sebagai respons kepada seorang pengguna pada malam Rabu.

Media sosial kecoh apabila sebuah blog, The Benchmark mengeluarkan beberapa dokumen pada 5 Mei lalu, yang kononnya memperincikan cadangan pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX), satu berharga RM194 juta dengan RM2,860 kaki persegi dan satu lagi RM578 juta dengan RM3,900 kaki persegi.

Blog itu mendakwa bahawa ia menerima maklumat itu daripada "seseorang" di Tabung Haji dengan mengatakan bahawa ia merupakan "penjanjian pantas" yang mendapat kelulusan kerajaan kurang dua minggu dan wang telah dibayar secara penuh kepada 1MDB.

Blog berkenaan turut mendakwa 1MDB dipercayai menganugerahkan sejumlah besar tanah TRX milik kerajaan di Jalan Tun Razak pada kadar yang murah iaitu RM60 kaki persegi.

Ia mendakwa 1MDB turut dipercayai telah membayar sejumlah kadar lebih tinggi sedikit iaitu kira-kira RM90 kaki persegi untuk tanah pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi.

Pegawai khas kepada Abdul Azeez ketika dihubungi berkata, Ahli Parlimen Baling itu sedang mengadakan mesyuarat dan tidak dapat dihubungi untuk mengulas mengenai perkara itu.

"Satu kenyataan akan dikeluarkan tidak lama lagi," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tabung Haji , 1MDB

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan