Terserah Kepada Keluarga Nur Fitri Tentukan Masa Depannya - Shafie Apdal

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 7:00 AM

Shafie Apdal.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjelaskan, terpulang kepada keluarga Nur Fitri Azmeer Nordin untuk memutuskan sama ada pelajar itu akan meneruskan pengajian di dalam negara atau sebaliknya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, adalah menjadi hak keluarganya dan pelajar itu sendiri untuk menentukan masa depannya.

"Selepas selesai menjalani hukuman, dia akan dihantar pulang ke tanahair dan ketika itu terserah kepada dia dan keluarganya untuk tentukan sama ada dia akan memohon untuk meneruskan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau tidak.

"Mara tidak boleh lagi berikan pinjaman kepadanya kerana ia sudah ditarik balik," katanya kepada mStar Online.

Beliau mengulas mengenai bekas pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang kini menjalani hukuman penjara sembilan bulan di London bersabit 13 kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak.

Pada Selasa, Ahli Majlis Mara, Nazir Hussin Akhtar Hussin ketika dihubungi mStar Online memaklumkan beliau secara peribadi bersetuju jika pelajar itu diberi peluang kedua selepas menerima hukuman.

Kenyataan Nazir Hussin bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi yang menganggap tidak wajar pelajar berkenaan diberi peluang berkenaan.

Bagaimanapun pada Rabu, Nazir Hussin yang juga Exco Pemuda Umno  memaklumkan, beliau tidak mempunyai kapasiti untuk memberi komen mewakili Mara berhubung kes Nur Fitri dan ia adalah pandangan peribadinya.

"Saya rasa dia perlu diberi peluang kedua untuk masa depannya. Semua orang pernah melakukan kesilapan," katanya dalam kenyataan itu.

 
 



iklan

Kolumnis

iklan

Iklan