Jabatan Pendidikan Selangor Siasat Dakwaan Pelajar Dijangkiti H1N1

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 8:14 PM

Pelajar-pelajar sekolah rendah memakai topeng penapisan pernafasan sebagai langkah berjaga-jaga.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) sedang menyiasat dakwaan pelajar sebuah sekolah di sini dijangkiti virus Influenza A (H1N1) baru-baru ini.

Pengarahnya Zainuren Mohd Noor berkata Pejabat Pendidikan Shah Alam diarah bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Selangor (JKS) untuk mendapatkan laporan penuh berhubung dakwaan itu.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat mengenai dakwaan jangkitan H1N1 daripada pihak sekolah yang dimaklumkan kes itu oleh penjaga pelajar berkenaan, tetapi bukan secara rasmi daripada JKS.

"Kita terima maklumat yang menyatakan pelajar berkenaan sedang dirawat di sebuah hospital swasta. Kita masih berusaha mendapatkan laporan rasmi daripada JKS sama ada pelajar itu dijangkiti virus H1N1 atau tidak untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Beliau diminta mengulas status laman sosial Facebook 'SK Seksyen 9 Shah Alam Official' pada Rabu, yang menyarankan ibu bapa pelajar sekolah itu supaya segera mendapatkan rawatan jika anak mereka demam berikutan kes virus H1N1 di sekitar daerah itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman ketika dihubungi berkata orang ramai tidak perlu bimbang mengenai dakwaan itu sebaliknya menasihatkan mereka segera mendapatkan rawatan jika demam.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan tidak memantau jangkitan H1N1 secara khusus berikutan simptom penyakit itu sama dengan selesema atau influenza bermusim lain.

Tags / Kata Kunci: H1N1 , Jabatan Pendidikan Selangor

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan