PRK Permatang Pauh: PKR Mendahului

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 8:45 PM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka bakal kembali menduduki kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas meninggalkan pencabar terdekatnya Suhaimi Sabudin dari Barisan Nasional (BN).

Keputusan rasmi sehingga pukul 10.07 malam menunjukkan Dr Wan Azizah mendapat 29,331 undi sementara Suhaimi memperoleh 20,445 undi.

Sementara itu keputusan tidak rasmi juga menunjukkan calon Bebas, Salleh Isahak mendapat 340 undi manakala calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Azman Shah Othman memperoleh 94 undi.

Bagaimanapun sehingga kini di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum memaparkan jumlah terkini keputusan rasmi bagi setiap puat daerah mengundi (PDM).

Sehingga tempoh mengundi tamat, dianggarkan 73 peratus pengungi keluar menunaikan tanggungjawab meraka.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, PKR yang diwakili Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti 11,721 undi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan