Pesalah Pedofilia Seorang Bebas Selepas Jalani Hukuman Di UK - Timbalan KPN

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 4:32 PM

Nur Fitri Azmeer Nordin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penuntut Malaysia dalam bidang matematik, Nur Fitri Azmeer Nordin yang kini dipenjara kerana kesalahan memiliki bahan pornografi kanak-kanak di London adalah individu bebas selepas selesai hukuman itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, hal yang sama bagi kesalahan yang dilakukan pelajar berusia 23 tahun tersebut ketika berada di negara berkenaan.

"Bagaimanapun, sekiranya dia melakukan kesalahan yang sama di sini, tindakan akan dikenakan terhadapnya," katanya ketika ditemui di sidang akhbar pada Khamis.

Menjawab pertanyaan sama ada Nur Fitri akan dipantau sebaik tiba di tanah air, Noor Rashid berkata: "Tidak, kami akan menyimpan rekod banduan dan suspek dalam pangkalan data."

Beliau berkata, walaupun Malaysia tidak mempunyai sistem daftar pesalah seks secara rasmi, namun pihak polis terbuka untuk merangka satu program sekiranya perlu.

Media tempatan di United Kingdom (UK) melaporkan pada Jumaat bahawa pelajar tersebut ditahan di biliknya di Queensborough Terrace, London pada 21 November tahun lalu.

Nur Fitri ketika ditahan sedang menggunakan komputer ribanya serta duduk berdekatan patung budak lelaki bersaiz manusia sebenar.

Terdapat fail yang disembunyikan di dalam komputer ribanya yang mempamerkan gambar pornografi serta video penderaan kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai 'Kategori A' iaitu penderaan melampau.

Nur Fitri dilaporkan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun bersabit 13 kesalahan, termasuk memilik 30,000 imej serta video lucah kanak-kanak.




iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan