Cawangan McDonald's Seksyen 9 Shah Alam Ditutup Bukan Kerana Boikot

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 6:32 PM

Stephen bersama Rohani (kanan) ketika majlis pelancaran Program Buku Happy Meal McDonald's di Kota Damansara, Khamis.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: McDonald's menjelaskan, penutupan salah sebuah cawangannya di Shah Alam dalam masa terdekat tiada kaitan dengan tindakan pelanggan memboikot produk itu.

Sebaliknya kata Pengarah Urusan McDonald's Malaysia, Stephen Chew, penutupan cawangan di Seksyen 9 itu merupakan sebahagian daripada strategi perniagaan dan ia perkara biasa yang dilakukan di peringkat global.

"Ini yang kita lakukan setiap tahun. Kita buat perancangan, kita lihat untuk pembukaan (cawangan baharu) dan penutupan (cawangan sedia ada).

"Boikot semestinya bukan penyebab. Ia perkara biasa dan merupakan sebahagian daripada strategi global," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Program Buku Happy Meal McDonald's di sini, Khamis.

Sebelum ini, tersebar dakwaan di kalangan penduduk sekitar kawasan berkenaan bahawa penutupan cawangan McDonald's itu disebabkan tindakan pelanggan yang memboikot produk jenama antarabangsa itu.

Majlis pelancaran dilakukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abd Karim.

Menjelaskan lebih lanjut, Stephen berkata, pada masa kini penutupan dan pembukaan sesebuah cawangan bergantung kepada beberapa faktor, termasukl kawasan perdagangan, waktu operasi dan khidmat pandu-lalu.

"Di Shah Alam pun kita ada banyak cawangan, jadi ia tiada kaitan dengan boikot. Dakwaan seperti ini tidak betul.

"Cawangan terbaharu kita lebih tumpu kepada perkhidmatan 'drive-thru', operasi 24 jam dan faktor kawasan," katanya.

Katanya, rangkaian restoran makanan segera itu pernah berdepan dengan isu boikot tahun lalu, namun usaha-usaha untuk membetulkan persepsi orang ramai terhadap restoran itu telah dilakukan.

Tambahnya, setelah penjelasan diberikan dan segala persoalan dijawab, rakyat Malaysia semakin faham mengenai perniagaan yang sudah bertapak di Malaysia selama 33 tahun ini.

"Kita akan terus mengembangkan perniagaan di negara ini," katanya.

Katanya, tahun ini sahaja lima cawangan baharu telah dibuka dan empat lain dalam perancangan.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan