Nur Fitri Perlu Jalani Rawatan Pemulihan, Kaunseling - Pakar Psikologi

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  Pelajar Malaysia yang dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Southwark Crown di London kerana bersalah memiliki bahan pornografi kanak-kanak, Nur Fitri Azmeer Nordin perlu mendapatkan rawatan pemulihan dan kaunseling sebelum meneruskan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi.

Pakar Psikologi Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Mariani Md Nor berkata, perkara tersebut perlu kerana dibimbangi dia akan mempengaruhi pelajar lain dengan aktiviti sama.

"Dia perlu mendapatkan rawatan yang agak lama bagi memulihkan semula mental dan akhlaknya sebelum dicampurkan dengan pelajar lain.

"Apa yang dibimbangi ialah kehadirannya akan mempengaruhi pelajar lain dengan aktiviti yang dilihat sangat bahaya kepada masyarakat," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang saranan untuk memberi peluang kedua kepada Nur Fitri dengan menyambung pelajaran di dalam negara.

Tambah Mariani, menerusi bukti yang ditemui polis menunjukkan tahap kesihatan mental pelajar itu terjejas, sekali gus memerlukan rawatan rapi dan pemantauan daripada pelbagai pihak.

"Menerusi laporan akhbar dan bukti yang ditemui, dia mengalami gangguan mental kerana menerusi gambar-gambar yang ditemui dalam simpanannya itu terlalu melampau.

"Bagi saya dia sudah melakukan aktiviti tersebut dalam jangka masa agak lama dan bertahun-tahun hingga menjadi ketagih,  pemulihannya perlu teliti dan mengambil masa, tugas untuk dia lupakan apa yang dibayangkannya setiap hari bukan sesuatu yang mudah," katanya.

Katanya, penggunaan internet ketika proses pembelajaran juga dilihat berbahaya kerana mendedahkan pelajar tersebut dengan aktiviti itu.

"Jika mahu dia meneruskan pengajian perlu ada pantauan khas yang dapat mengelakkan perkara tidak diingini berlaku," katanya.

Tags / Kata Kunci: Nur Fitri , Mara

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan