Perlu Lebih Banyak Kaunter Tuntutan Balik GST Di Pintu Keluar Masuk Negara

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 3:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Penggiat industri pelancongan mahu kerajaan mempertimbangkan untuk membuka lebih banyak Kaunter Verifikasi Pembayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di pintu masuk ke negara ini selain daripada lapangan terbang.

Ketika ini, kaunter itu hanya beroperasi di lapan buah Lapangan Terbang Antarabangsa seluruh negara untuk kemudahan pelancong asing yang berhasrat membuat tuntutan bayaran balik GST.

Setiausaha Persatuan Pemandu Pelancong Terengganu, Intan Dalip berkata rungutan mengenai perkara itu sering ditimbulkan terutama pelancong dari Singapura.

"Jadi, saya mewakili penggiat industri ini berharap agar masalah ini mendapat perhatian segera dari kerajaan agar tidak memberi kesan negatif dalam jangka masa yang panjang," katanya ketika ditemui Bernama pada majlis penerangan GST dalam industri pelancongan di sini, Khamis.

Program anjuran Persatuan Pelancongan negeri Terengganu itu bertujuan memberi penerangan mengenai impak pelaksanaan cukai berkenaan dalam industri yang turut dihadiri Timbalan Presiden Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia, Taib Wahab dan Penolong Pengarah Kastam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Terengganu, Haszelan Che Husin.

Sementara itu, Taib berkata pelaksanaan GST sejak 1 April lalu memberi sedikit kesan terhadap agensi pelancongan kerana trend ketika ini, pelancong lebih gemar melancong tanpa menggunakan khidmat agen sebagai langkah penjimatan.

"Ini agak menyukarkan agen pelancongan untuk terus bertahan dalam suasana seperti ini dan kita berharap kerajaan akan mengambil pendekatan sesuai untuk mengatasi masalah ini.

"Walaupun pelaksanaan GST ini memberi kesan dari kemerosotan perbelanjaan pelancong, namun saya yakin dengan kesungguhan kerajaan mempromosikan apa sahaja produk pelancongan dalam negara, pelancong tidak akan tertekan dengan GST itu sebaliknya tetap ingin berkunjung ke Malaysia atas keunikannya," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: GST , kaunter , Intan Dalip

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan