BN Janji Tingkat Azam Untuk Pastikan Kejayaan PRU14 - Najib

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 11:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini merakamkan penghargaan kepada jentera Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata gabungan parti itu bertekad untuk mengukuhkan azam bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

"Terima kasih atas usaha semua di Permatang Pauh. @barisanasional akan tingkatkan lagi azam untuk berjaya di pilihan raya akan datang," katanya dalam entri terbaharunya di laman sosial Facebook.

Keputusan PRK Permatang Pauh menyaksikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi itu dengan majoriti 8,841 undi apabila memperoleh 30,316 undi untuk mengalahkan calon BN Suhaimi Sabudin yang mendapat 21,475 undi.

Dua lagi calon iaitu Salleh Isahak (Bebas) mendapat 367 undi dan Azman Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia memperoleh 101 undi. Undi rosak ialah 843 undi.

Di MILAN, Timbalan Pedana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN menerima keputusan PRK itu dengan hati terbuka.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada jentera BN di atas kegigihan mereka dan para pengundi yang memilih calon BN.

Pada masa sama, beliau meminta parti-parti komponen BN supaya terus berusaha demi gabungan parti itu.

Tags / Kata Kunci: BN , PRU14

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan