Kerajaan Perlu Timbang Wujudkan Daftar Pesalah Pedofilia

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 8:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menimbang untuk mewujudkan daftar bagi pesalah pedofilia sebagai langkah pencegahan tegas dalam membendung jenayah itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata pesalah perlu dihebahkan kepada umum supaya ibu bapa dan masyarakat yang mempunyai anak kecil berasa lebih selamat.

"Saya merujuk kepada laporan mengenai kes Nur Fitri Azmeer Nordin, pelajar Malaysia yang disabitkan kesalahan  memiliki bahan pedofilia di United Kingdom dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata kerajaan tidak akan membiarkan perbuatan itu kerana ia adalah jenayah terhadap kanak-kanak.

Menurutnya kerajaan memandang serius kes yang membabitkan Nur Fitri Azmeer.

"Rakyat Malaysia termasuk penuntut dikehendaki mematuhi undang-undang di negara yang mereka bermastautin. 

"Saya juga ingin menekankan bahawa penuntut Malaysia mempunyai tanggungjawabuntuk memberi tumpuan kepada pengajian serta menjaga nama baik dan imej negara,"kata Anifah.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak menimbulkan kekeliruan antara perkhidmatan nasihat dan memelihara hak asasi manusia dengan hak untuk diselamatkan selepas melakukan perbuatan dianggap jenayah amat serius dan tidak berperikemanusiaan terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan