AirAsia Sertai Usaha Bantu Nepal Melalui Kempen #Tonepalwithlove

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 5:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yayasan AirAsia mengumumkan usaha pengumpulan dana yang kedua diadakan tahun ini bagi menyertai usaha dunia membantu Nepal selepas gempa bumi berskala 7.8 magnitud yang melanda negara itu pada 25 April lalu.

Kempen yang akan bermula dari 6 Mei sehingga 22 Mei 2015 ini, akan menyaksikan tabung derma tersedia dalam penerbangan AirAsia dan lapangan terbang yang merupakan hab, tambahan dari tajaan penerbangan bagi pekerja perubatan dan pasukan menyelamat.

Selain dari kutipan dalam penerbangan, masyarakat juga boleh menderma menerusi laman web airasiafoundation.com/relieffund.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Datuk Kamarudin Meranun berkata, pada saat-saat yang memerlukan ini, pihaknya akan menggunakan jaringan dan aset sebagai syarikat penerbangan yang prihatin.

"Inisiatif ini akan dimulakan di Malaysia dan seterusnya di Thailand, Indonesia, Filipina dan India.

"Dana terkumpul dari kempen ini akan digunakkan bagi memanfaat Open Learning Exchange Nepal (OLE Nepal), badan bukan kerjaan (NGO) dari Kathmandu dengan rekod bekerja dengan lebih dari 140 sekolah rendah dari 30 daerah di seluruh Nepal dalam memastikan isu perbezaan akses dan kualiti pendidikan di Nepal," katanya.

Pengarah Eksekutif OLE Nepal, Rabi Karmacharya berkata, komuniti di Nepal kini sudah memulakan proses membina semula hidup mereka, fokus khas perlu diberikan kepada kebajikan ribuan kanak-kanak yang terjejas dari pelbagai segi, selain dalam keadaan tertekan, dalam pelarian dan trauma.

"Banyak sekolah yang terjejas akibat gempa bumi ini, pembaikan dan pembinaan semula perlu menjadi keutamaan kerana sekolah memberi peluang kepada kanak-kanak ini untuk kembali normal.

"Keutamaan kami adalah bagi memastikan kanak-kanak mempunyai ruang pembelajaran yang selamat yang mereka boleh kembali secepat mungkin, dan pada masa yang sama memastikan mereka tidak terlepas dari sekolah semasa jangka masa pemulihan semula ini," tambah beliau.

Karmacharya berkata, berdasarkan penilitian awal 4,500 dari 36,000 buah sekolah di Negara itu terjejas akibat dari gempa bumi ini dengan banyak sekolah yang terletak di daerah yang sukar di akses.

Dana yang dikumpul oleh Yayasan AirAsia akan digunakan bagi membina semula sekolah di daerah Gorkha, di mana lebih dari 90 peratus sekolah telah terjejas.

Kanak-kanak juga akan diberi peluang untuk diberi pembelajaran di pusat lindungan sementara menggunakan program inovatif komputer riba Nepal OLE sementara sekolah mereka dibaiki dan dinina semula.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes berkata, Nepal adalah antara negara yang mempunyai populasi termuda di Asia.

"Kami percaya dana membina semula ini adalah penting dalam menyokong kerja organisasi tempatan yang boleh memberi impak efektif.

"Kami berharap usaha ini membolehkan komuniti yang terjejas membina semula kehidupan mereka," katanya.

Sementara itu, AirAsia terus menawarkan tajaan tempat duduk bagi pekerja menyelamat dari organisasi yang berdaftar dalam menyahut panggilan Nepal memohon bantuan dari masyarakat dunia.

Urusan tempat duduk percuma, yang bermula selepas penerbangan komersial memulakan operasi pada hari ketiga selepas gempa bumi tersebut, akan diteruskan sehingga 10 Mei 2015.

Kumpulan yang disokong termasuk Malaysian Volunteer Fire and Rescue Association, Mercy Malaysia, Insaf Technical Relief Malaysia dan Humanitarian Assistance Network for Development (HAND International) yang berpangkalan di Indonesia.

Untuk kemas kini mengenai inisiatif terkini, masyarakat awam boleh melayari Facebook AirAsia Foundation (fb.com/AirAsiaFoundation) dan laman mikro (airasiafoundation.com/relieffund).


Tags / Kata Kunci: AirAsia , Nepal , #tonepalwithlove

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan