Saya Tak Bertanggungjawab Terhadap Kehilangan Berbilion Wang BMF - Dr M

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 3:58 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan beliau bertanggungjawab terhadap 'kehilangan berbilion ringgit' dalam skandal Bumiputra Malaysia Finance Limited (BMF) semasa beliau menjadi perdana menteri.

Dr Mahathir berkata wang yang hilang itu adalah 'milik bank' dan bukan negara, dan oleh itu beliau tidak sepatutnya dipersalahkan untuk itu.

"Saya tidak mencuri sebarang wang. Tiada wang hilang, apa yang hilang adalah wang yang dimiliki oleh bank.

"Saya bukan seorang pengurus bank, bukanlah juga seorang penasihat bank.

"Banyak bank kehilangan wang pada masa itu. Mengapa saya dipersalahkan untuk mereka?," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas berucap pada Wacana Perdana Siri ke-19 di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Beliau diminta bertindak balas terhadap dakwaan bekas Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dalam kolum sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini.

Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata Dr Mahathir telah membuat beberapa 'usaha terlampau yang boleh dipersoalkan' semasa memegang jawatan Perdana Menteri.
Tags / Kata Kunci: Tun Dr Mahathir Mohamad , BMF , skandal BMF

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan